Sahabat Followers

Isnin, 4 Jun 2012

Exam Fever Datang Sudah

بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum…
Kabare??? Cukup lama tiada entry baru.. Al-maklumlah hamba sekarang ni sedang busy for Final exam untuk sEm 2 ni…hehehe muda lagi (tibee3…)Peperiksaan makin hampir, banyak persediaan perlu dibuat supaya mendapat result yang gempak serta rancak. Banyak persiapan perlu dilakukan dan sungguh memeningkan kepala aku ini sehingga kadang-kadang macam malas nak belajar terus pun ada tetapi apa boleh buat nak menuntut ilmu perlu juga buat.

Semester ini hamba perlu hadapi 10 paper untuk peperiksaan akhir dan markah penilaian berterusan (PB) hamba pun belum tentu lagi lulus... kenapa? sebab banyak sangat subjek beat untuk memahami semester ini dan sungguh memeningkan kepala ..hushhh..sedih bunyinya..

Nasib baik subjek yang tiada peperiksaan akhir sudah habis dan markah penilaian berterusan (PB) rasanya tak mampu kot untuk mendapat cemerlang tetapi a ku mengharap dapat cemerlang lah sebab hamba banyak main semester ini. HAHA!

Apa-apa pun hamba minta jasa baik kalian semua supaya mendoakan kejayaan hamba supaya dapat menjawab peperiksaan akhir dengan sempurna tanpa sebarang masalah.


Belajar dan belajar dah tetapi ilmu tak masuk-masuk. Otak benak kot? HAHA! ataupun teringat benda lain ni... gEWe?? oh tidak! Hamba masih solo yer! (apa benda hamba merapu ini ;)

Selain itu, kepada yang lain yang nak ambik peperiksaan bermula minggu depan bagi semua pelajar UniSZA.. istimewa buat Geng2 Dakwah , rOOMate dan seagkatan dengannya... semoga berjaya diucapkan dan hama berdoa agar kalian semua dapat menjawab dengan tenang sekali... jangan lupa belajar juga dan jangan mengharapkan tanpa belajar anda boleh skor 100%...
Oraitt… sebelum akhir , nak bagi sikit tips.. nah baca lah !!!

~TIPS BILA HAMPIR PEPERIKSAAN~
Artikel ini adalah mengenai tips tips yang harus kita amalkan apabila hampir peperiksaan.

1.Baiki hubungan dengan Allah
-Tunaikan solat dhuha
-Jaga solat
-Memohon ampun daripada Allah ( istighfar )
-Jangan lupa beribadah kepada Allah
-Peliharalah solat fardhu lima waktu
-Memperbanyakkan doa


2.Agar doa makbul
-Hindarkan perut dimasuki barang haram
-Harus khusyuk dan serius untuk beribadah
-Mengetahui waktu-waktu doa dikabulkan atau dimustajabkan


contoh:
* Satu pertiga malam yang akhir
* Hari jumaat dan malamnya
* Bulan ramadhan terutamanya malam lailatul qadar
* Hari a\'rofat
* Khatam quran
* Setelah mendengar azan
* Di antara dua khutbah jumaat



-Bertawakkal kepada Allah sesudah berusaha dengan gigih …
Barakallahulakum..ameen
 ::والله أعلم::

2 ulasan:

~cik atin~ berkata...

bittawfiq wannajah :D

Nur Ramizah berkata...

syukran cik atin :)