Sahabat Followers

Jumaat, 30 Mac 2012

Amanah Yang Diingkari

Assalamualaikum J




Setiap manusia didampingi oleh dua makhluk Allah iaitu Malaikat dan syaitan . Malaikat akan membisikkan dan memperdengarkan segala yang baik kepada manusia. Syaitan pula  akan membisikkan dan memperdengarkan yang sebaliknya . Hal ini dapat kita lihat dalam hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaih Wasallam yang bermafhum :
“Tiada seorang pun daripada kamu melainkan ia telah diiringi temannay daripada jin (syaitan) dan temannay daripadaMalaikat .”
Dalam Al-Quran , Allah berfirman dalam Surah An-Nas yang bermaksud  :
5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Seorang yang sempurna akhlak dan tingkah lakunya tidak akan mendengar bisikan syaitan . Dia akan selalu memohon perlindungan daripada Allah kerana dia tahu bahawa Allah Maha Mendengar dengan sifatNya As-Sami’ .
Terdapat satu kisah mengenai seorang murid yang meminta kepada gurunya agar si guru mengajarnya nama Allah yang paling besar . Gurunya bersedia untuk mengajarnya . tetapi sebelum itu si murid harus membawa sebuah bungkusan kecil untuk di berikan kepada seseorang .
Pesan gurunya , “ Jangan buka bungkusan ini dan jangan lihat apa yang ada di dalamnya.” , “Boleh,” jawab murid tersebut dan dia pu membawa bungkusan itu .
Dalam perjalanan , si murid berfikir tentang bungkusan kecil yang dibawanya . Akhirnya dia tidak dapat menahan perasaan ingin tahu mengenai apa yang ada dalam bungkusan tersebut . Dek kerana mendengar bisikan syaitan, dia berkata pada dirinya , “Kalau aku jenguk sedikit sahaja untuk melihat apa dalam bungkusan ini , tidak ada salahnya .”
Sebaik sahaj bungkusan dibukanya , lalu melompat keluar seekor tikus dari dalam bungkusan tersebut . Tikus it uterus berlari dengan lajunya . Murid tersebut mengejar tikus itu , namun tidak Berjaya . Kembalilah murid itu kepada gurunya seray bertanya , “Adakah tuan guru menyuruh saya membawa seekor tikus ?” , berkata pula gurunya ,”Kalau aku tidak boleh percaya kepada engkau untuk membawa seekor tikus , bagaimana boleh aku percaya kepada engkau dengan rahsia Tuhan ?”
Jelas apabila seorang murid
Tidak dapat mendengar nasihat dan pesanan daripada seorang guru , sebaliknya mendengar dan mengikuti bisikan syaitan , maka hilanglah peluang baginya untuk mendapatkan rahmat daripada Allah .
Renung-renungkanlah …..


Wallahua’lam J

Khamis, 29 Mac 2012

:: Harga Segelas Susu ::

بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum…

apa khabar iman hari ini... hmmm,apepon baca dan hayati, salam muhasabah bersama ;) 
Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya . Menjelang tengahari , dia sudah berasa lapar , namun tidak mahu pulang selagi belum habis jualannya . Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan .
                “Kakak, boleh berikan saya segelas air ?” , direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu . “tunggu sebentar ya ”.
                Seketika kemudian wanita itu keluardengan segelas susu di tangannya . Budak itu minum tanpa berlengah . “berapa ya saya berhutang dengan kakak ? ” , katanya sambil menyeluk saku poketnya .
“Tak perlu bayar.”  “Tetapi saya hanya meminta air kosong . Mak saya ajar ,jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”
                “Kalau begitu bayarlah dengan ucapan Alhamdulillah dan terima kasih .‘’  Okey ,Alhamdulillah . terima kasih kakak!!” . Budak tersebut segera beredar kembali menjaja kerepeknya . Entah bagaiman , dia berasa begiru bertenaga dan hilang segala penatnya . Bukan semata-mata segelas susu itu , malah lebih daripada itu , kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya .
                Beberapa tahun berlalu , wanita tersebut diserang penyakit serius . Dia dirawat di hospital Bandar tersebut , dengan kelolaan doctor pakar . Rupa-rupanya doctor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dahulu . Si doctor masih mengenali wajah wanita itu , walaupun sudah berusia .


         Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh . Malah bil hospital pun  ditanggungnya. Setelah wanita tersebut itu sihat sepenuhnya , tiba kepadanya sekeping bil hospital . Di atas bil itu tertulis :
                “Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu . Alhamdulillah dan terima kasih –Dr Muhammad.”

::Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan niat yang ikhlas , impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita . Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana , dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang berada berdekatan dengan kita::


 ::والله أعلم::

Rabu, 28 Mac 2012

:: Fajar Sadiq ?? Fajar Kazib?? ::

 بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum...
 
Baiklah… lame hamba tak update.. emek ni.. bacalah.mga bermanfaat ..Sahabat-sahabat , apa yang dimaksudkan dengan “Fajar Sadiq dan Fajar Kazib” ???? haaaa, jawapannya ..
Yang dimaksudkan dengan fajar kedua adalah apa yang dinamakan Fajar sadiq . Sebab fajar sadiq ini didahului dengan fajar yang dinamakan dengan fajar kazib.
Fajar Kazib adalah garis cahaya yang nampak melintang seperti ekor serigala . Kemudian diiringi dengan gelap dan fajar ini tidak ada hubung kait dengan hukum solat ataupun hukum puasa . Sementara fajar kedua atau apa yang disebut dengan Fajar Sadiq , maka cahayanya adalah tersebar dan memancar ke seluruh permukaan bumi bermula daripada hujung langit . Fajar Sadiq ini inilah yang menghubungkait dengan hukum waktu solat dan hukum puasa .
Kiranya Allah Ta’ala sentiasa memberi taufik dan selawar serta salam sentiasa dilimpahkan kepada Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam , para sahabat dan keluarganya ::


:: والله أعلم ::

Isnin, 12 Mac 2012

:: Syariat Salam ::

بسم الله الرحمن الرحيم                                                  
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum…




Salam ukhwah fillah buat sahabat-sahabat per0nda…hEhE .. Bace entry ni pulak Ye.  Apa keajaiban yang boleh dihasilkan oleh budaya saling memberi salam dalam mengeratkan hubungan ?
Ni jawapannya..
Daripada segi bahasa ‘’Assalamualaikum’’ ia bermaksud ‘’Selamat sejahtera keatas kamu’’
dan dijawab dengan ‘’Waalaikumsalam’’ pula bermaksud ‘’Selamat sejahtera keatas kamu juga ’’.
memeberi dan menjawab salam adalah merupakan doa dan harapan bagi keselamatan dan kesejahteraan antara satu sama lain.
Dengan doa mendoakan ini akan terjalinlah kemesraan dan kasih sayang antara satu sama lain.
Mengikut syariat , setiap orang Islam disarankan memberi salam bila bertemu dengan saudara Islam walaupun bertemu kerapkali.
Memberi salam dihukum sunnat dan mendapat pahala. Sementara menjawab salam dihukumkan sebagai wajib , maka seseorang yang enggan menjawab salam daripada saudara Islamnya adalah satu perbuatan yang berdosa.

::والله أعلم::


Ahad, 11 Mac 2012

:: Muliakan Nama ::

      بسم الله الرحمن الرحيم
                      "Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum...

Ramai yang kurang mengambil perhatian apabila menulis nama ALLAH dan RASULULLAH di dalam risalah-risalah dan buku-buku mereka.
Sepatutnya seseorang itu untuk meraikan sunnah dan adab apabila menulis nama-nama yang mulia ini. Antaranya adalah :
# Sebaiknya elaklah menulis pada pujian Allah Taala dengan singkatan SWTMdan singkatan pada selawat dan salam buat junjungan Nabi Sallallahu'alaihi Wasallam seperti yang di tulis oleh sebahagian penulis seperti SAW , صلعم , dan lain-lain.
# Disunatkan apabila kita hendak menulis nama Baginda Sallallahu'alaihi Wasallam, di atas kertas atau pada komputer digalakkan kita bersama mengucapkan selawat dan salam dengan lisan kita.
# Disunatkan bagi kita setiap kali mendengar dan membaca nama Baginda Sallallahu'alaihi Wasallam untuk turut sama berselawat walaupun nama Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam diulang jutaan kali tidak kira sama ada ketika sedang membaca kitab , mendengar ceramah atau sebagainya.

 Sesungguhnya orang yang banyak berselawat ke atas Baginda Sallallahu'alaihi Wasallam akan beroleh syafaatnya di akhirat kelak .
Raikan sunnah dan adab ketika menulis nama ALLAH dan RASUL .

::والله أعلم::

Sabtu, 10 Mac 2012

:: Tekad Tinggalkan Pakaian Noda ::

بسم الله الرحمن الرحيم
''Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang"
Assalamualaikum...

Bukanlah niat hati untuk mencari perang atau meminta simpati. Cuma hati ini terlalu bimbang melihat keadaanmu dewasa ini. Saban hari bertambah parah.
Hati manakah yang tidak sayu melihatmu begitu andai empunya diri ini jua memiliki kakak dan adik yang sejiwa denganmu. Jiwa yang begitu halus. Tempat yang bersarang naluri keibuan.
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai (perintah) Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim : 6)
Pakaian adalah lambang keperibadian akhlak. Setuju? Lantas apakah yang mendorong engkau masih memakai pakaian ahli maksiat? Kelak kerana pakaian itu engkau akan dihumban ke neraka!
Aku tahu, jauh di sudut hatimu, ingin benar kau menjadi muslimah yang solehah. Ia tersemat kukuh. Kerana itulah fitrah. Fitrah yang suci. Fitrah yang indah.
"Hadapkanlah wajahmu dengan lurus pada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ar-Rum:30)
Sungguh indah fitrah itu. Madu iman meyelaputinya.

Kembalilah kepada fitrah Islam, pasti engkau dapat merasai manisnya madu iman itu. Ya, amat manis. Tapi ia hanyalah dikhaskan kepada yang benar-benar berusaha untuk mendapatkannya. Aku tahu, untuk kembali kepada fitrah itu terlalu banyak besi halangan dan paku keperitan. Benarlah sabda Nabi Muhammad saw :

"Neraka itu dikelilingi oleh kesenangan, dan syurga itu dikelilingi oleh kesukaran." (HR Bukhari dan Muslim)
Namun tiada alasan untuk kita tidak kembali membersihkan segala noda dan titik hitam dalam hati andai kita benar-benar inginkan. Hendak seribu daya.
Terkadang aku pelik. Tudungmu sudah elok, menutup segala rambutmu. Namun jelek dan pelik bila engkau pakaikan baju yang berlengan pendek. Lagi malang baju adikmu yang kau sarungkan pada badanmu. Bila ditanya, inilah fesyen terkini jawabnya. Namun aku cabar jawapan ini lah yang akan engkau berikan  di hadapan Allah nanti. Adakah masih diberi kekuatan untuk menuturkannya sedemikian rupa?
Mengertilah. Aurat itu bukan hanya terletak pada rambut. Namun pada seluruh anggotamu kecuali tapak tangan dan mukamu. Aku yakin engkau sudah tahu cuma tidak mahu mengerti. Mengapa begini? Bukankah kau ingin kembali kepada fitrah?
"Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur: 31)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab : 59)
Terkadang aku terdengar kau merungut. Merungut kerana auratmu terlalu berat berbanding aurat lelaki bagimu. Usah begitu. Sebaliknya kau harus berbangga kerana engkau adalah ibarat permata yang tidak ternilai harganya. Lantas kerana itulah engkau dijaga rapi tanpa calar.
Apakah kau tidak melihat wanita barat yang hilang ketamadunan dan maruah serta malu angkara tidak dijaga oleh agama mereka. Mereka umpama batu hitam penuh debu di jalanan yang boleh dikutip dan dibuang sesuka hati. Aku pasti engkau tidak mahu begitu.
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah." (HR. Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Aku menyeru dengan seruan sayang dan kasih sebagai adik atau kakakmu, marilah sama-sama kita kembali kepada fitrah. Singkirkan segala pakaian ahli maksiat dan pakaikan pakaian solehah.
::والله أعلم::

Khamis, 8 Mac 2012

:: Manfaatkan Waktu ::

 بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum.

“Tidaklah bergeser kedua kaki seorang hamba (menuju batas shiratul mustaqim) sehingga ia ditanya tentang umurnya untuk apa ia habiskan, ilmunya untuk apa ia amalkan, hartanya dari mana ia peroleh dan kemana ia habiskan dan badannya untuk apa ia gunakan” (HR. Tirmidzi dan Ad Darimi)
Kita seringkali memerhati perjalanan waktu melalui jarum jam atau pergerakan matahari. Namun, tidak sedikit di antara kita yang tidak melihat diri sendiri dalam menempuh waktu yang terus berlalu.

Seandainya mahu dilihat, maka akan nampak ruang waktu yang tidak terisi dengan baik, baik dalam waktu satu hari atau waktu seumur hidup. Dalam waktu yang terisi pun masih ada kemungkinan rugi, apalagi dalam kekosongan waktu yang tidak terisi. Jelas amat rugi, bila direnungkan oleh manusia yang berfikir. Dalam waktu yang terisi pun, boleh jadi tidak cukup atau kurang baik.

Ibadah solat yang dilakukan oleh seseorang hamba, kadangkala kualitinya jauh dari syarat-syarat sahnya. Demikian juga puasa, haji, dan amalan lainnya. Ini jelas suatu kerugian, kerana kesempatan untuk berbuat yang terbaik, terisi dengan yang kurang atau dengan yang sia-sia.

Lebih dahsyat lagi ruginya bagi hamba-hamba Allah yang waktunya banyak kosong dan bahkan terisi dengan kejahatan. Diisi atau tidak, waktu akan terus berlalu dan tidak akan pernah terulang.

Bila waktu tidak terisi, maka kesempatan berbuat baik, yang sebenarnya akan kembali kepada diri sendiri, akan terbuang begitu saja. Namun yang harus diingatkan pada diri sendiri, meskipun waktu tidak diisi atau dibiarkan kosong,
Pertanggungjawabannya tetap akan diminta suatu ketika nanti. Kerana itu, sempatkanlah untuk senantiasa berdoa kepada Allah, agar mampu memanfaatkan waktu dengan kebaikan.

                                                      
::والله أعلم::

:: Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran ::

    بسم الله الرحمن الرحيم


"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum...
x = juzuk
y = halaman/ms bagi juzuk X,
jd, y = 20(x-1)+2

subhanallah..menarik

Mari Kita Cuba....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja?

Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala..

●●●●●●●●●●sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●●●●●●●
::والله أعلم::

Rabu, 7 Mac 2012

:: Sebab Rasullullah Saw Suka Kucing ::

      بسم الله الرحمن الرحيم

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum.

Sahabat-sahabat,
Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji.

Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

. Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.

Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus.

Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapatkan adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.

2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman

Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah). .

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing

Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:

Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)



Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”


Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang buta baca-tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Sumber | www.xlupa.com
 :: والله أعلم ::

Ahad, 4 Mac 2012

:: Hukum Wanita Memandang Kepada Lelaki ::

بسم الله الرحمن الرحيم

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
    Assalamualaikum.


Salam ukhwah.. Apa khabar iman pembaca semua? mudah-mudahan bertambah dari hari ke hari :: hmm dah lama sangat hamba biar blog ni tak terisi dengan entri baru.. nah baca la entri ni :) baca tau ..hehE
Sebagaimana kaum lelaki diperintahkan untuk tidak memandang wanita yang bukan mahram , wanita juga diperintahkan untuk tidak memandang lelaki yang bukan mahram..
Ummu Salamah r.a (isteri Rasulullah S.A.W) berkata :’ suatu ketika saya dan Maimunah berada bersama-sama Rasulullah S.A.W . Ketika itu tiba-tiba Abdullah bin Ummi Maktum masuk ke rumah. Kerana mengetahui bahawa Abdullah buta ,kami tidak menurunkan hijab dan tetap duduk di sana.  Rasulullah S.A.W bersabda, ‘’ Pakailah hijab dihadapannya!  “ ,saya bertanya , ‘’ wahai Nabi Allah , bukankah ia buta Ia juga tidak melihat kami ‘’. Rasulullah S.A.W menjawab, ‘’Apakah kamu berdua juga buta ?  Tidakkah kamu dapat melihatnya?’’.

Dari hadis di atas kita dapat menarik kesimpulan bahawa menjadi kewjipan bagi wanita agar tidk melihat kaum lelaki, sebagaimana telah di sebutkan dalam Al-Quran :
’Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman agar menunudukkan pandangan mereka….’’
(An-Nur 30)

Sahabat- sahabat,
Abdullah bin Ummi Maktum r.a adalah seorangyang buta dan serang sahabat Nabi S.A.W  yang sangatw warak. Kedua isteri Rasulullah S.A.W juga sangat warak. Meskipun demikian , Rasulullah S.A.W meminta kedua isterinya agar memakai hijab di hadapan Abdullah bin Ummi Maktum . SUATU KETIKA Aisyah r.a berkata , ‘Sebaik-baik wanita ialah yang tidak melihat lelaki dan tidak pernah dilihat oleh lelaki’’..
Sama-samalah kita bermuhasabah ye ;)

::والله أعلم::