Sahabat Followers

Khamis, 29 Disember 2011

Amal Beramal

Assalamualaikum J

Buatla amal yang baik walaupun pada mulanya atas dasar TERPAKSA..Jangan tunggu ikhlas baru nak buat.Kalau nak tunggu ikhlas baru leh buat baik, maka di saat itu syaitan akan menggoda dengan mengatakan "Wei.baik kau rilexs dulu...kalau kau wat skang, kau x ikhlas tau.mane dapat pahale"
Insyallah.dengan KETERPAKSAAN itu akan lahir KESERONOKAN dan akan timbul KEISTIQAMAH yang amat mahal harganya..
~Selalu dengar orang buat alasan IKHLAS untuk menangguh buat amal yang baik.~
::Ikhlas itu seperti semut hitam yang berjalan di atas titian hitam di malam
yang gelap.Buat dahulu baru tahu.::
ok boleh ?? InsyaAllah..
j0m. ikut aku joging keliling umah ptg ni,..ngeehhh3

Wallahua’lam J

Rabu, 21 Disember 2011

Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia


Assalamualaikum J

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya."Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 "
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12
Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat, kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan.
Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT?
"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)


Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...



Wallahua’lam J

Selasa, 20 Disember 2011

Letakkan Malu Pada Perkara Mungkar

Assalamualaikum J


aku xberniat nak membebel macam mak temah, aku nak share ilmu je:

Tidak sempurna iman seseorang tanpa ada rasa malu dalam diri. Betapa pentingnya perasaan malu ini sehingga ia termasuk dalam pembahagian iman. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman." Ketahuilah, malu adalah sifat utama bagi orang-orang Mukmin yang mana menjadi perisai dan benteng dalam hidup mereka. Perisai itu sangat penting iaitu dapat menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan juga menghalang daripada mengikut hawa nafsu sehingga merosakkan akidah.

Sedar tak sedar, umat Islam hari ini ramai yang sudah hilang sifat malu dalam diri. Apabila melihat peningkatan kadar jenayah, perlakuan maksiat dan sebagainya yang dilakukan terang-terangan, ia cukup menunjukkan sifat malu itu telah pun terhakis daripada norma kehidupan apatah lagi hukum syariat. Asalnya, fitrah manusia ini ada sifat malu namun kerana lemahnya iman dan terpengaruh dengan bisikan syaitan, akhirnya mereka tewas dan mendedahkan aib malu dengan sendiri.


 Wallahua’lam J

Ahad, 18 Disember 2011

Aku & Ikhlas

Assalamualaikum J



Just simple entry :-
Belajar untuk menerima kekurangan diri...
Belajar juga menghargai kelebihan diri...
Lebih-lebih lagi belajar untuk menghargai orang lain...
Ikhlaskan diri untuk beramal hanya kerana Allah...
Belajar untuk memahami orang lain..
Mudah-mudahan mereka juga memahami diri ini.
Belajar untuk menerima apa yg berlaku pada hari ini...
Mudah-mudahan ada hikmah yg terbaik untuk masa depan...
Hargailah hari ini.......

Hargailah diri sendiri......

Wallahua’lam J

Adakah Aku HambaNya yang Bersyukur?

Assalamualaikum J

bukan saja-saja Allah meletakkan anda dalam bidang itu..
bukan saja-saja Allahmengurniakan anda kepakaran itu..
bukan saja-saja 
Allah memasukkan kelemahan itu..
bukan saja-saja 
Allah memberikan ujian sebegitu..
bukan saja-saja 
Allah membiarkan anda mengemudi dalam keadaan sebegitu..

melainkan 
Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
melainkan 
Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
melainkan allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
melainkan 
Allah mahu menguatkanmu..
melainkan 
Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangnya padamu..

adakah anda masih lagi tidak bersyukur?
 
 Wallahua’lam J

Sabtu, 17 Disember 2011

Buatmu Srikandi

Assalamualaikum J


Apabila kamu berkawan dengan lelaki,

ingatlah ada dua pilihan terbentang

PERTAMA...

kamu jadi seperti KELAPA...

mudah diperoleh..

diparut...diperah..

dan diambil santannya...

lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...

Kamu menjadi sebutir MUTIARA..

berada di dasar lautan...

tersimpan rapi..

dilindungi kulit...

bukan senang nak lihat..

apa lagi mendapatkannya..

hanya orang yang bertuah ...

berusaha menyelami dasar lautan...

dapat memperolehnya..

harganya mahal sekali..

dan ia akan tersimpan selamanya..

jadi..

kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..

di sebalik SANTAN..

menjadi penyedap makanan..

diperah segala kenikmatan..

dengan mudah jatuh menjadi titisan..

akhirnya habis kari dimakan..

pulut panggang sisi habis ditelan..

dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..

yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..

orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...

tertanam di dasar paling dalam...

sukar andai mengharap jadi perhatian..

kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..

namun kiranya ditemui insan..

akan menjadi PERMATA HIASAN..

terletak tinggi di cincin idaman..

atau di leher nan jinjang..

atau di lengan menawan..

makin lama MUTIARA tertanam..

makin tinggi nilainya..

oleh itu...

pilihlah sendiri...

menjadi SANTAN..

mudah jadi perhatian..

tapi hanya sebentar jadi santapan...

kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

menjadi MUTIARA..

sukar ditemukan..

namun bila dihias indah gadis rupawan..

hilang ia..

tangisan mengiringi zaman..

* sekadar perkongsian dan renungan buat kaum hawa..


Wallahua’lam J



kucing, cat, qitt0n ....

kucing....
kucing....

kucing....

 kucing....
 kucing....

kucing ....


k u c i n g....
kucing....


d
a
n

kucing....
ngeehhhh8... ....

semua pasal kucing. tuje nak citerr..
ooomeeLLLL angaatt..

Jumaat, 16 Disember 2011

Menghayati Susah Sesudah Senang

Assalamualaikum J
Salam Muhasabah dan Salam Ukhwah…
Sebahagian besar daripada kita asalnya datang daripada keluarga yang serba kekurangan. Sewaktu kecil, kita pernah merasa punyai hanya sepasang baju sekolah yang senteng kerana ayah tidak mampu membeli pakaian baru. Ataupun, kita menyarung baju yang gedoboh kerana ia asalnya pakaian sekolah abang yang diberi kepada kita.
Untuk berjimat, kita membawa bekal ke sekolah berupa lempeng atau cekodok sekadar mengalas perut. Walaupun diberi duit belanja, ianya cukup-cukup untuk membeli mi sepinggan dan segelas air sirap. Itu pun sudah cukup baik kerana ramai lagi kawan-kawan di waktu itu tidak membawa se sen pun ke sekolah. Mereka berlapar. Kalau haus, mereka menonggeng minum air paip sehingga kenyang. Tiada paip water cooler di sekolah pada zaman itu.
Di rumah, kita makan apa yang emak hidangkan. Kadang-kadang, makan malam kita adalah lauk tengahari. Ada juga masanya, makan malam kita adalah lauk dua tiga hari yang lepas, yang diperhangat sampai kering. Seisi keluarga akan makan hidangan yang sama. Bukan macam sekarang. Adakalanya, hanya si suami yang akan makan masakan isterinya, sedangkan anak-anak makan apa jua menu selain daripada masakan ibu.
Siapa yang tidak pernah merasai kemiskinan? Sama ada ketika di kampus ataupun di hari-hari terakhir bulan ketika hidup membujang, sebahagian daripada kita tentu sekali pernah mengalami situasi tidak berduit hendak makan. Keadaan itu cukup menyakit dan memalukan. Malu pada orang dan malu pada diri sendiri.
Sebab itu, kita berazam untuk mengubah cara hidup dengan belajar rajin-rajin hingga mendapat kerja baik, atau menjadi usahawan hingga hidup kita menjadi selesa, kaya dan akhirnya dihujani kemewahan yang melimpah ruah. Alhamdulilah. Kita yang asalnya susah dan 'makan untuk hidup' kini bertukar senang dan kini 'hidup untuk makan.' Betapa lama kelamaan, kesenangan yang berpanjangan itu menjadikan kita terlupa apa erti kemiskinan.
Kita yang mewah biasa melancong ke pelbagai tempat eksklusif atau bersantai bersama keluarga di kompleks membeli-belah. Di sana, kita lihat wajah-wajah yang riang gembira seperti kita. Kemewahan ada di mana-mana. Orang masih berbelanja walaupun ramai yang kata harga barang-barang sudah mahal.
Tetapi, kita tak akan terserempak dengan golongan yang sudah tidak mampu mengunjungi ke tempat-tempat rekreasi seperti kita. Mereka tiada di tempat-tempat ini. Mereka juga tidak kelihatan di gerai-gerai tepi jalan, di pasar-pasar tani, bahkan di pasar-pasar malam. Mereka hanya berada di tempat kerja. Selepas kerja, mereka akan berkurung di rumah. Pendek kata, mereka sudah berundur dari pentas dunia kerana lelah mengejar kesenangan. Mereka kalah dan terperosok di dalam dunia kemiskinan dan menyisih diri. Sebab itu kita sudah tidak temui mereka.
Apakah kebimbangan mereka yang miskin ini? Mereka bimbang bagaimana hendak memberi makan kepada isteri dan anak-anak, membayar sewa rumah, melangsaikan pelbagai jenis bil dan hutang piutang yang semakin bertambah. Hidup mereka kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Masa depan mereka hanyalah setakat esok hari. Mereka tidak berani berpandangan jauh kerana yang dekat pun sudah tidak terlarat hendak difikirkan, apatah lagi diimpikan.
Barangkali, dalam keadaan risau dan hampir putus harap akibat kemiskinan, maka terdetik di hati mereka mengapakah Allah menjadikan mereka sesusah dan semalang ini? Mengapa mereka tidak bernasib baik seperti orang lain yang cukup makan pakainya? Oleh kerana melihat masa depan yang kelam dan suram, mereka tergamak mempersoal Allah yang menjadikan mereka malang sebegitu.
"Hampir-hampir kemiskinan itu membawa kepada kekufuran."
Meskipun hadis ini lemah, kemiskinan harta boleh membuatkan seseorang itu bimbang, risau dan putus asa. Kemiskinan harta boleh menjadikan seseorang itu juga miskin jiwanya hingga bertanya keadilan Allah yang mengatur segalanya.

Alangkah baik, dalam kemewahan kita pada hari ini, kita tidak lupa kepada mereka yang malang ini. Kita mesti menolong mereka. Apabila kita menghulurkan bantuan kepada mereka, tentulah mereka akan memanjatkan syukur kepada Allah. Mereka akan memuji-Nya kerana rintihan mereka didengari oleh Yang Maha Mendengar.
Jika sebelum ini, mereka mempersoalkan Allah kerana kemiskinan mereka, tidakkah bantuan yang kita sampaikan kepada mereka itu menjadikan mereka berterima kasih dan mengagungkan Allah kembali? Dalam erti kata yang lain, tidakkah bantuan kita menarik mereka dari jurang kekufuran untuk kembali meyakini-Nya?
Mari hayati zaman sukar kita dengan menyenangkan orang lain. Mari gembirakan hati kita dengan membahagiakan orang lain.

"Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia menyelesaikan kesulitan orang lain."(Hadis riwayat: Imam Ahmad)


Wallahua’lam J

Malulah Pada Allah & Rasulmu

Assalamualaikum J
                                      

~ allah melarangku melihat yang bukan mahram, tetapi aku melihatnya bahkan lebih dari itu..lalu dengan apakah aku akan masuk syurganya?
~ allah menyuruhku mendirikan solat 5 waktu tetapi aku meninggalkannya dengan alasan kesibukkan kerja atau terlelap dalam tidur..lalu dengan apakah aku akan masuk syurganya?
~ saat orang lain menangisi dosa-dosa kecil mereka, sedangkan aku masih mampu ketawa dengan dosa-dosa besar yang telah aku lakukan..lalu dengan apakan aku akan masuk syurganya?
~ saat orang lain memperjuangkan risalah islam, tidak jemu berdakwah menyeru umat..dan aku di sini tidak menyertai malah menentangnya dengan pelbagai alasan..lalu dengan apakah aku akan masuk syurganya?
~ jika tidak ada satu kebaikan pun yang aku lakukan semasa hidup di dunia ini, dalam agamaku..walaupun aku dilahirkan dalam islam, hanya pada nama..bukan pada perbuatan dan amalan, malah sentiasa melakukan kejahatan..seolah-olah mati itu jauh lagi dariku..lalu dengan apakah aku akan masuh syurganya?

>>> syurga itu indah, manis dan kekal..semua insan mengimpikannya tetapi apakah ruang kebaikan, perjuangan, usaha yang telah aku perbuat untuk ke sana? untuk mendapatkannya? adakah hanya dengan angan-angan, hanya dengan impian..tanpa usaha kukuh, tawakal penuh, istiqamah berterusan..mampukah aku untuk merebutnya?

tidak berasa cemburukah, tidak berasa malukah apabila melihat manusia bersungguh-sungguh berjuang untuk islam, berusaha merebut apa yang telah dijanjikan allah..tanpa kenal erti putus asa, dan aku masih di sini..merenung dari kejauhan tanpa memulakan usaha ke arah itu..malulah wahai diri, kata cintakan allah dan rasul tetapi masih ingkari akan segala suruhannya..malulah wahai diri, kata syaitan itu musuh yang nyata tetap masih dirimu mengikuti jejak langkahnya ke neraka..malulah..
✿✿✿

Wallahua’lam J

Aku Budak Baru Nak Berjinak

Assalamualaikum J
... buat kedua kalinya, blog ini tercipta dengan titik peluh dan usaha hamba,. yang tuhan anugerahkan, Alhamdulillah…
seronok lah pulak..
xd ape nk b0rak cume sdikit sebanyk ape y hamba
kongsikan ni harap nye dpt ambik manfaat untuk kite sume
..nk bersosial xslh,nk berlaman s0sial p0n xslh,.
y penting niat kte, nk share ilmu,pendapat...
bg0slah tu. . ape laiee r0nda smpi pengsan lh bl0g ni..
komen2 y  membina amatlah
di harapkan drp sahabat per0nda2 sekalian,, maaf salah silap,terkasar,terlebih,terkurang n segalanya harap di halalkan...mohon bantuan kepada pakar bl0gger, kot2 ada cacat celanya dansa jemari aku ni... Allahummabariklahum..ameen,.
selamat beramal..
salam ukhwahfillah,


Wallahua’lam J