Sahabat Followers

Khamis, 21 Jun 2012

Tazkirah Jumaat || 6 Mengumpat Yang Diharuskan


بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum…


Sahabat semua , ini entry untuk Yaumul Jumu’ah yang mulia ini ,0k..nAh , bac0lah.
 Imam al-Ghazali membicarakan secara panjang lebar berkenaan larangan dan sebab-sebab manusia mengumpat,telah dinyatakan juga enam keuzuran (situasi) yang mengharuskan mengumpat , dalam kitab Ihya' Ulum al-Din iaitu:
1.      Mengadu kezaliman dan pengkhianatan yang berlaku.

2.      Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran yang berlaku, maka didedahkan kemungkaran tersebut. (Bahkan adakalanya pendedahan ini menjadi wajib apabila kemungkaran yang berlaku melibatkan ancaman kepada aqidah dan masa depan generasi akan datang).


3.      Meminta fatwa daripada Mufti seperti isteri menceritakan perbuatan jahat suami atau sebaliknya, berdasarkan aduan isteri Abu Sufyan kepada Rasullullah S.A.W tentang suaminya yang kedekut.

4.      Menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang seperti mendedahkan kejahatan seorang hamba yang bakal dibeli (dalam konteks situasi semasa ialah pekerja) dan seseorang yang ingin diserahkan amanah kepadanya. Demikian juga seseorang yang ditanya tentang perempuan atau lelaki yang bakal dikahwini, maka harus mendedahkan keburukan sekiranya ada. Terdapat 3 golongan manusia seandainya diceritakan keburukan mereka maka ia tidak dikira mengumpat, iaitu Pemimpin yang zalim, Ahli Bidaah dan seorang yang terang-terangan melakukan Kefasiqan.

5.      Memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu. Atau hanya dikenali apabila disebut sifat cacatnya seperti tempang, buta dan sebagainya.

6.      Seseorang yang terang-terangan melalukan kefasiqan seperti lelaki atau perempuan yang mengubah jantinanya, peminum arak, penzina atau mereka yang dengan sendirinya membuka pekung diri sendiri atau keburukan diri sendiri dan sebagainya. Tetapi jika melakukannya secara bersembunyi maka tidak harus menyebu tentang mereka.

Walaubagaimanapun, enam situasi ini mestilah dikawal dengan kaedah "al-dararu tuqaddaru bi qadariha" yang bermaksud, setiap perkara darurat yang hanya mengharusk sesuatu yang dilarang sekadar yang diperlukan untuk mengatasi darurat itu sahaja. Ini bermakna sekiranya tidak disebut nama seseorang, maka itu lebih baik. Tetapi, sekiranya tidak disebut secara khususnya menyebabkan situasi tersebut tidak dapat diatasi atau diselesaikan, maka bolehlah disebut nama. Perbuatan itu masih dikira mengumpat, tetapi hukumnya harus.

Creadit by: Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang
Petikan dari Majalah Solusi | Panduan Hidup Bersyariat.

 ::والله أعلم::

Tiada ulasan: