Sahabat Followers

Sabtu, 16 Jun 2012

Dosa Percuma >> Tak Mau Lah

بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum…





 

salam sayang semua ... hamba nak luangkan masa sikit ni ..hampir ber'sawang' blog ni... hehehe apa2pun 1 paper lagi for madah Muqor0nah Al-Adyan ... Fuhhh.. rindu ngan blog lah, rindu sahabat2 per0nda bl0g juga :) .. Orait entry kali ini hamba nak sentuh ab0ut c0vering aurah.. are you ready ?
Nabi saw. bersabda yang bermaksud, “Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya di dalam neraka adalah mereka yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya”. 
(HR Bukhari dan Muslim)
Nabi saw. juga ada bersabda yang bermaksud, "Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat: (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (penguasa yang zalim). (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang (tidak menutup aurat), berjalan dengan berlenggok-lenggok, mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak akan dapat masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga. Pada hal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (HR Muslim)


Sahabat2 tahukan menutup aurat adalah perintah Allah.???
 (molek2 ..alhamdulillah semua tahu)
Tidak menutup aurat dengan sempurna adalah berdosa dan merupakan suatu maksiat yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak jika tidak sempat bertaubat.

Bagi membuktikan kepatuhan kita pada Allah iaitulah pencipta sekalian makhluk ini, maka kita mesti tunduk atau patuh segala arahannya dan meninggalkan segala larangannya. Salah satu arahannya kepada kita adalah memelihara aurat! Bagi lelaki dan bagi wanita, Islam telah menerangkan aurat yang khusus untuk mereka. Mesti tahu kan???
Yang penting menutup aurat. Biarlah bertudung pendek, bulat, jubah dan sebagainya asalkan semua itu menutup aurat. Bukan makna mereka (kaum wanita) yang berpakaian yang menutup muka itu melambangkan kuatnya Iman. Tak! Itu salah. Yang membezakan di antara seseorang insan dengan insan yang lain adalah kekuatan "taqwa" sahaja. Cuma pandangan di dunia ini sahaja yang mengatakan bahwa 'mereka berpakaian yang menutup muka'  itu melambangkan mereka golongan yang alim atau warak. Tapi, tak mustahil kan jika kita berjumpa mereka yang berpakaian yang menutup muka ada yang alim dan warak. Sunnah kehidupan.....
adik ni c0mel..sebab anak buah hamba .. hihii.. prom0te2 plak.
Oh ya! Kita sebagai wanita yang mengaku beragama Islam mesti kena jaga aurat .Peliharalah "menutup aurat" atau bertudung yang menutup aurat dengan sesempurna yang mampu dan boleh. Biarlah pada peringkat awal  kita mendalami Islam ini, kita merasakan ianya seolah-olah satu penyeksaan tetapi lambat laun nanti akan datang juga kepada awak kemanisan Iman ini... Insya Allah, Kita akan menjadi Sri Kandi Islam yang agung kelak! Percayalah... Jangan sesekali membuka "aurat" pada tempat atau pada orang yang memang tak layak atau "haram" untuk melihat aurat kita itu. Nak(mahu) menunjuk rambut yang lawa atau cantik pada orang? Itu satu jawapan yang meleset untuk jangka masa yang panjang. Di dunia rambut kita menjadi pujian manusia. Tetapi di akhirat esok, wanita yang tak menutup auratnya maka akan  menerima pembalasan yang setimpal. Dibakar rambutnya! Begitu azab sekali seksaan Allah.
Allah tak zalim tetapi kita yang melakukan kezaliman kepada Allah. Awak faham kan... Bila buka tudung/dedah aurat sebenarnya kita ingin menunjukkan rupa paras yang cantik atau 'cun gila' kata orang? Subhanallah... adakah ini jawapan yang baik untuk seseorang Wanita Muslimah? Wanita berhias, bercantik, bersolek tak dimarahi oleh Islam.. tapi perlu sesuai dengan tempat dan masa. Bersolek untuk menunjuk-nunjuk pada orang yang mahram (boleh dikahwini)tak elok. Bercantik-cantik untuk tunjuk pada orang yang mahram?(boleh dikahwini) tak elok. Contoh tempat yang dibolehkan ialah berhias/bersolek /bercantik untuk seseorang ialah kepada  suami tercinta di rumah... Itu satu contoh yang mudah.

Bercintalah dengan Allah seperti Rabiatul Adawiyah. Sebelum menjadi salah seorang hamba Allah yang warak dan alim, beliau(Rabiatul Adawiyah) merupakan penari gelek. Semua orang tahu kisah hidupnya. Tetapi, siapa sangka selepas itu beliau bertaubat dan terus beribadat kepada Allah dan kehidupannya yang baru jauh berbeza dengan kehidupannya yang lama. Dahulu penari gelek tetapi sekarang hamba Allah yang kuat Taqwanya. Sehingga sekarang namanya disebut sebagai lambang wanita yang kuat taqwanya pada Allah. Dan kisah buruknya yang lalu tenggelam ke dasar bumi. Suburlah bumi selepas itu dengan kisah hidupnya yang penuh keindahan itu. Hamba harap kita dapat meniru rentak Rabiatul Adawiyah. Boleh tak? Biarlah yang lalu terus berlalu dibawa angin lalu. Yang penting hamba dan sahabat semua sekarang ingin kembali kepada cinta hakiki iaitu cinta murni buat Allah yang Maha Esa.......






 Bercintalah dengan Allah seperti Rabiatul Adawiyah. Sebelum menjadi salah seorang hamba Allah yang warak dan alim, beliau(Rabiatul Adawiyah) merupakan penari gelek. Semua orang tahu kisah hidupnya. Tetapi, siapa sangka selepas itu beliau bertaubat dan terus beribadat kepada Allah dan kehidupannya yang baru jauh berbeza dengan kehidupannya yang lama. Dahulu penari gelek tetapi sekarang hamba Allah yang kuat Taqwanya. Sehingga sekarang namanya disebut sebagai lambang wanita yang kuat taqwanya pada Allah. Dan kisah buruknya yang lalu tenggelam ke dasar bumi. Suburlah bumi selepas itu dengan kisah hidupnya yang penuh keindahan itu. Hamba harap kita dapat meniru rentak Rabiatul Adawiyah. Boleh tak? Biarlah yang lalu terus berlalu dibawa angin lalu. Yang penting hamba dan sahabat semua sekarang ingin kembali kepada cinta hakiki iaitu cinta murni buat Allah yang Maha Esa.......



 Ok,adakah asal sudah bertudung, sudah menutup aurat?? Rasa nak marah pulak… hehehe co0l2.. Cuma hamba takut Allah marah. Begini wahai sahabat hamba... di sini terdapat perbezaan di antara "bertudung" dan "menutup aurat". Islam menggalakkan /mewajibkan kita menutup aurat dan bukan bertudung. Kerana tidak semua orang yang bertudung itu menutup aurat atau ada yang bertudung tetapi auratnya masih tak sempurna dijaga. Kena faham perkara ini elok-elok(baik-baik).. Baiklah sahabat.. untuk entry seterusnya , insyaallah hamba akan menf0kuskan kepada part2 aurat kita sebagai wanita muslimah….Nantikan…
'Jaga diri, Hiasai peribadi'
 ::والله أعلم::

Tiada ulasan: