Sahabat Followers

Isnin, 7 Mei 2012

:: Rindu Kepada Allah ::

بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum…
Sahabat yang hamba sayangi…
Terasa sayu hati hamba ketika ingin mencoretkan entry ini…Harap-harap sahabat sentiasa dalam lindungan rahmat oleh-Nya..ameen..
Ketika rasa cinta kepada Allah bersemayam dalam hati seseorang hamba , maka ia akan terdorong untuk selalu bersendirian , berzikir, bermunajat dan menyatukan hatinya dengan Allah. Dengan demikian sedekit demi sedikit akan timbul kerinduan kepada-Nya dan hatinya akan dikuasai oleh rasa rindu tersebut. Kerinduan tersebut akhirnya akan melahirkan keinginan untuk bertemu dengan-Nya. Oleh kerana manusia tidak dapat melihat Sang Pencipta selama hidup di dunia , maka hal ini menjadikannya semakin rindu untuk bertemu dengan-Nya di akhirat kelak.


   Pertemuan ini merupakan :
Pertemuan dengan Allah yang dicintai selama ini rindu untuk bertemu dengan-Nya. Linangan air mata telah ditumpahkan di Mihrb-Nya.
·        Pertemuan dengan Allah yang selalu dipanjatkn doa kepada-Nya ketika berada dalam kesusahan. Ia akan mendapatinya dalam keadaan dekat dan seluruh doa di kabulkan.
·        Pertemuan dengan Allah yang selama ini telah melindungi dan memenuhi keperluan hidupnya dan Dia jugalah telah membantunya dalam melawan hawa nafsu dan musuh-Nya.
·        Pertemuan dengan Allah yang telah memberi segala untuk dirinya , yang telah memuliakannya dan  telah melindunginya daripada segala ancaman dan mara bahaya dengan sebaik-baik penjagaan.
 
Kerinduan Allah merupakan salah satu hasil kecintaan yang bersemayam di dalam hati manusia kepada Allah…
 
Rasulullah berdoa :
اللهم إني أسئلك الرضا بعدالقضاء ،
وبرد العيش بعد الموت ،
ولذة النظر إلى وجهك ،
والشوق إلى لقائك ،
من غير ضراء مضرة ،
ولا فتنة مضلة ...
آمين.
::والله أعلم::

Tiada ulasan: