Sahabat Followers

Khamis, 7 Jun 2012

***Tiga Pintu Kebaikan

بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum…
 
Daripada Muaz Bin Jabal r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan: Puasa adalah perisai, sedekah memadamkan kesalahan (dosa) seperti air memadamkan api, dan seorang insan yang sembahyang pada penghujung malam.” (Hadis riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad).

1) Puasa
 
Puasa yang berkualiti, mempunyai nilai dan bermutu, ialah puasa yang dijaga dengan berdisiplin dan di jaga pantang larangnya dengan menjaga mata, telinga, kaki, tangan dan seluruh anggota daripada melakukan perkara yang dilarang. Puasa adalah benteng atau perisai yang boleh menghalang dan memagari manusia daripada melakukan keburukan di dunia. Secara mudahnya apabila seseorang itu tidak makan dan minum, dia akan keletihan dan tidak berupaya melakukan kejahatan. Namun hanya puasa yang mempunyai “nilai” mampu mengawal manusia daripada melakukan perkara yang tidak baik.

2) Sedekah. 
 
Dalam hadith disebut, “banyakkanlah sedekah kerana ia menyejukkan kamu di Alam Barzakh”. Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang Mukmin kelak dihari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya.(HR Thabrani dari Uqbah Bin ‘Amir r.a.)

Salah satu diantara 7 manusia yang dilindungi panas di hari Kiamat ialah “Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi (disedekahkah) oleh tangan kanannya”.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sedekah akan menutup tujuh puluh pintu keburukan“ (HR.Thabrani ). Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda,  “Sedekah dapat menolak 70 macam bencana, yang paling ringan diantara bencana itu adalah penyakit kusta dan sopak“  (HR.Thabrani ).

3) Tahajjud. 
 
Antara perangai-perangai orang yang masuk syurga ialah:

    Sajadah [16] Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) sertadengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.`

    Abdullah ibn as-Salam meriwayatkan: “Ketika Nabi saw buat pertama kalinya menjejak kakinya di bumi Madinah, orang ramai berduyun-duyun mengerumuninya, dan saya merupakan salah seorang daripada mereka. Saya perhatikan pada wajah Baginda; dan dari situ tahulah saya bahawa beliau bukanlah seorang pendusta. Kata-kata pertama yang lahir daripada Baginda ialah: ‘Wahai manusia, ucapkanlah salam, berilah makan, eratkanlah silaturahim, dan kerjakanlah solat malam ketika orang lain sedang tidur nyenyak, dan kamu akan masuk Syurga dengan sentosa.” Ini diriwayatkan oleh al-Hakim, Ibn Majah, dan at-Tirmizhi yang menganggap hadis ini adalah hadis sahih dan hasan..
 ::والله أعلم::

Tiada ulasan: