Sahabat Followers

Rabu, 6 Jun 2012

Salam Imtihan Geng !!!

بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum…
Alhamdulillah…syukur hamba panjatkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana masih memberi peluang kepada hamba yang hina ini untuk terus rukuk & sujud kepadaNYA.

Selawat & salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
 
Jari jemari ini bagai dipujuk,tergoda untuk menyusun kalimah. Mungkin hamba terfikirkan kesibukan yg bakal melanda diri memandangkan imtihan dunia akan menyusul membuatkan diri hamba ingin menulis sesuatu sebelum meninggalkan laman ini bersawang dalam satu jgka waktu yg agak panjang.

Peperiksaan akhir bagi sesi 2011/2012 akan bermula pada 10hb Jun 2012 hingga 18hb Jun 2012 bagi pelajar ISM PENGAJIAN ISLAM DAKWAH semester2, UniSZA,. Masing-masing sibuk mengulangkaji pelajaran termasuk juga hamba sendiri,( mungkin k0t ...) Doakan diri ini ye semua, semoga hamba juga dapat menjawab dengan tenang dan dipermudahkan olehNYA..amiin..

Sekiranya blog ini lama tidak diupdate, faham-fahamlah ya…^_^

Kemaafan dari diri ini  juga andai tersalah tulis, tersilap bicara sepanjang  blog ini “bernyawa” juga sepanjang perkenalan...
Hamba doa kepada Yang Maha Esa, moga kalian juga diberi ketenangan hati ketika mana menjawab peperiksaan nnt. . .
Apa2 p0n moge success selalu lerrr,
Buat sahabat-sahabat yang sedang/akan  menduduki peperiksaan akhir juga buat para pembaca yang seangkatan dengannya kata-kata ini istimewa buat kalian :

Andai ada yang berjaya,
Maka sambutlah dengan iringan senyuman kepada Yang Maha Esa bersama-sama linangan air mata kesyukuran…
Dan andainya ada yang tergugur,
Jangan lupa kembali kepada Maha Pencipta,
Kerana disitulah bermula segalanya…
Bersujud dan bersyukurlah,
Kerana Allah s.w.t. pendamping kita,
Tiap saat dan ketika dalam medan perjuangan…



~ SaLaM iMTiHaN, BiTTaUFiQ WaNNaJaH~


“Ketika ku mohon diberikan kekuatan,
Allah berikanku kesulitan hingga aku kuat...”

“Ketika ku mohon kebijaksanaan,

Allah berikanku masalah untuk dipecahkan...”

“Ketika ku mohon kesejahteraan,

Allah berikanku akal untuk berfikir...”

“Ketika ku mohon keberanian,

Allah berikanku bahaya untuk ku atasi...”

“Ketikaku perlukan cinta,

Allah berikanku orang bermasalah untuk ku bantu...”

“Ketika aku tidak pernah menerima apa yang ku minta,

Allah berikan ku apa yang aku perlukan...


~ Imam Al-Ghazali ~



"Hendaknya kita mengukur ilmu bukan dari tumpukan buku yang kita habiskan.
Bukan dari tumpukan naskhah yang kita hasilkan.
Bukan dari penatnya diskusi tak putus yang kita jalani.
Tapi dari amal yang keluar dari setiap helaan nafas kita"

~ibnu qayyim al jauziyyah~
Hamba panjatkan kesyukuran pada Allah,yg telah menghadiahkan sebuah ikatan persahabatan di antara hamba dan kalian ,sahabat2 seperjuangan,insan2 istimewa yg bnyak mendorong hamba untuk terus berada di bawah tarbiyyah, kawan2 yg sentiasa membantu disaat hamba kepayahan, rakan2 yg sering menjadi penghibur dikala hamba disapa kedukaan.Moga Rahmat dan Redha Allah sentiasa bersama kalian...

Untuk akhirnya:
Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Qashash 28: ayat 77:
Maksudnya: "Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ".
 

*selamat me'release' tensi0n selama 3 bln...panjang umur , jumpa lagi.. 
::والله أعلم::

Tiada ulasan: