Sahabat Followers

Selasa, 3 Julai 2012

Kerana Dirimu Begitu Berharga**

Sedang asyik termenung, teringat pulak tentang iklan pencuci muka ape ntah.. loreal kot. Duta iklan tu promote pencuci muka tu perempuan, dia cakap kat penghujung iklan tu camni,

" Kerana Dirimu begitu berharga ".

So, hamba di sini ingin berkongsi sedikit pandangan dengan sahabat sekalian tentang kata-kata ini. Adakah kita merasakan diri kita begitu berharga? Mesti ramai yang jawab ya kan. Tapi sejauh mana kita menghargai diri kita atau orang kata melindungi diri kita daripada menjadi tidak berharga (atau dalam bahasa kasarnye 'tak ada harga diri'). Maaf kalau bahasa yang hamaba gunakan terlalu kasar.



 Dalam iklan tersebut dia menunjukkan rambutnya, pakaian yg menjolok mata(merupakan aurat) kt dalam bilik mandi tp just nk cuci muke dia je kn. lepas tu dia cakap, "kerana dirimu begitu berharga’’. Seolah2 mengajak orang ramai mencuci muka untuk ditunjukkan kepada org ramai bahawa muka mereka lawa dan menunjukkan bahawa sangat menghargai diri mereka dengan berbuat demikian.Mari kita sama2 berfikir adakah perkara tersebut membuka sedikit fikiran saudar saudari tentang harga diri. Mungkinlah, kalau orang yg faham dia akan kata bahawa, tidak relevan duta pencuci tersebut berkata begitu sedangkan dia membuka aurat ataupun tidak menjaga harga diri. adakah tindakan tersebut membuatkan dia rasa lebih berharga???

Mungkin perkara ni remeh. dalam post ni bukan hamaba nk salahkan iklan tersebut, cuma ingin mengajak yang lelaki mahupun yang perempuan berfikir, apakah yang kita lakukan untuk menjaga harga diri?


 Apakah kita:
1. Menjaga aurat kita?
2. Menjaga hubungan kita?
3. Menjaga Ibadah kita?
4. Menjaga tubuh badan kita?
5. Menjalankan mas'uliah/ tanggungjawab kita?


 

 Adakah kita melakukan semua itu agar kita mempunyai nilai di sisi Allah S.W.T?. Ataupun kita melakukan perkara sebaliknya untuk mendapatkan nilaian manusia yang acapkali menipu.
Kadangkala hamaba hairan juga pada dunia hari ini...contohnya dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan, sebelah pihak akan merasa dihargai dan dihormati sekiranya diberikan hadiah, atau kata-kata cinta, ambil berat dan sebagainya. Dalam perspektif islam, kita dilarang sama sekali berbuat demikian kerana bukan muhrim kan? So, masih lagi merasakan diri dihargai atau disayangi sekiranya kekasih berbuat demikian??
So, marilah sama2 kita muhasabah balik diri kita.. mungkin ianya merupakan kelemahan ataupun ada antara kita yang belum tahu atau faham tentang hubungan yang diredhai Allah. Hamba juga ada melakukan kesalahan kerana mungkin masa itu hati terlalu asyik dengan hasutan nafsu, syaitan dan dunia.

 Kita tidak perlu merasakan diri kita tidak dihargai sekiranya:

LELAKI DAN PEREMPUAN>
menjaga aurat
(kadang2 manusia membuka aurat untuk ambil perhatian umum kan)

KALAU AYAH, IBU, ADIK-BERADIK,TEMAN>
menyuruh kita menutup aurat,
menyuruh kita perlahankan suara(bagi perempuan)
menyuruh kita menjaga hubungan dengan org bukan muhrim
Jangan keluar malam,
menjaga tingkah-laku


KALAU KEKASIH>
tidak mahu berjumpa
tidak mahu bersms

tidak mahu bercakap

tidak mahu memberikan hadiah

tidak mahu mengambil berat

tidak mahu mengeluarkan ayat-ayat cinta
….


kerana orang itulah yang sebenarnya membuatkan anda begitu berharga.

begitulah yang hamba maksudkan. Kadangkala kita tersalah tafsir bahawa orang yang sebenarnya ingin menjaga harga diri kita adalah orang yang menyuruh kepada makruf dan orang yang mencalarkan atau menjatuhkan harga diri kita sebenarnya yang mengajak kepada munkar. Sebagai perumpamaan seperti penjual barang yang dijual dikedai, biasanya kita akan memilih atau membeli barang yang dibungkus elok, di letakkan ditempat yang elok, dan di jaga rapi. Penjual itulah yang kita lihat menjaga kualiti barang terbut kan?. kita tentunya tidak akan memilih barang yang tidak dibungkus, yang berhabuk atau comot. Penjual barang yang buruk tersebut sudah tentu orang yang tidak bertanggungjawab kan?haaa... begitu juga dengan diri kita, kita perlu menjaga aurat kita, suara, pakaian, tingkah laku, hubungan kita yang membuatkan diri kita begitu berharga disisi Allah dan disisi manusia. InsyaAllah.

Maaf sekiranya objektif yang sebenar-benarnya yang ingin hamba sampaikan tidak kesampaian pada fahaman sidang pembaca sekalian
dan ingatlah bahawa:

"Kerana dirimu begitu berharga"

::والله أعلم::

3 ulasan:

cik ainisha berkata...

salam sobah.. shbt jom join pertandingan poster.. :) ayuh kite berdakwah. ♥
http://satumakna4u.blogspot.com/2012/07/jom-berposter.html

dairykuinspirasiku berkata...

suka entry ni..=)

Nur Ramizah berkata...

wslm.... insyaallah jika ada kelapangan ya :)
thanks , jemput ziarah lagi.