Sahabat Followers

Jumaat, 30 November 2012

Bersabarlah Dalam Bersabar ...

Assalamualaikum Sahabat ,,
Dan, kerana Allah, bersabarlah.
Walaupun itu sangat melukai hatimu,
dan kerana Allah, bersabarlah…
walaupun itu membuat hatimu luluh dan lelah,
dan kerana Allah, bersabarlah…
bila ada hal membuat kamu ragu-ragu dan keliru,
namun kerana percaya pada Allah, maka bersabarlah..
dan kerana yakin pada Allah, maka bersabarlah…
dan kerana Allah, maka bersabarlah..
tiada ketentuan yang sia-sia.
tiada ujian yang melebihi kemampuan.
tiada duka yang tersembunyi dari pengetahuan-NYA.
tiada air mata yang kering tanpa diketahui-NYA.
Dan bila kamu sudah kehilangan sebab untuk tetap bersabar,
Maka pujuk hatimu,
dan kerana Allah, bersabarlah…

Oh Tuhan kau teguhkanlah keimanan
Untukku tempuhi suratan kehidupan
Walaupun di hati rasa terkilan
Tapi apakan daya semua takdir Tuhan

Wallahua'lam :)


Khamis, 15 November 2012

Apa Bikin Harini ??

Assalamualaikum Sahabat ,,



Hai semua penterjah2 bl0g. hehehe
Harini penghulu segala hari, sy0k je ser000.. tenang suasana. Sebab ……….. ada orang tu tengah t0pup tid0, kalu x , mmg suara dia jelah y memeCah suasana.. xp2 penat kan perjalanan jauh.

0k lah, Xtvt ambE arini duduk diam2, fokus2 depan lappy , sebab nk ren0vate f0lder2,deskt0p2… actually, ada keja lain . tapi, nak jugak ren0vate sebelum buat kerja yang lebih penting tu.. yang ni p0n penting jugak.. kalu f0lder bersepah2 xsy0k ler buat keja, xd m00d.. (heheh menada2 pulak) al-mAKLumlah lame xmanjakan lappy ni. Berabuk tu dah mmg lah, mane xnyE , makan depan lappy, ..

Huhu Ble terjah2 mmg pon bnyk perlu di delete sbab da xperlu lagi. . .
Sambil2 buat kerja, tunggu teman2 lain balek. . masing2 cuti xingat dunia. 

next week , rasekan huiiiiiiiiiiiiiiishhh.. seram ser00 nak nyebut. Test!test!test!  , f0rum!forum! forum !!!!submit maq0l!! submit maq0l!!!!! pergh… sab0 jelah. Lepas tu 
-------------> enj000yy !! wuhuuu…. Pi KL je pun adoi. Sy0k jugak , lame xjalan2. Ya Rabbi, cepatkan lah hari kejadian , aminn…

Baiklah.. nak baca buku pulakk.. sahabat2 f0llower y setia dengan bl0g ambe ni , sayang awak semua , teruskan meny0kong ambe, doakan ambe kuat, tabah, yakin , sabar dalam menempuh liku2 kehidupan ini,. Sebelum  ambe ‘fullst0p’ kan entry ni , baca kata2 ni sebagai peringatan ambe untuk sahabat2 dan diri ini juga…renung2kan , takenotE ye.. 
. .
“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

FULLSTOP . 

  
  
Wallahua'lam :)


Oh Sangat Rindu !

Assalamualaikum Sahabat ,,


Rindu dengan ambe x ? haha!! ambE? Haruslah rindu sama blog ni dan followers semua. Sorry, ya dah lama tak update blog ni. BERSAWANG sungguh .hu huu
Well, ambe memang boleh dikatakan tersangatlah busy sejak kebelakangan ni. Mana nak buat kerja office lagi, kije tu , kije ni..hehe. apa bole buat. Tanggungjwab kan.
Trying my best to get my routine back on track but the holiday mood is still there. 
Oh my Laziness is still conquering everything.pleaseeeeeeeeeeeeeeeeee anyone heelllpppp meeee.!!!!
Ape x nye ... ni baru balek dr kampung, kena sambung study lagi.. erkk oh my universty !!
Hmm.. kali ni nak bebEL pasal apa pulak erk. ???  bace jelah ni , di petik dr iluvislam :
“Keadaan dunia tanpa sempadan ini ada kala menyebabkan masyarakat leka dan menolak ajaran agama yang menekankan akhlak mulia dalam perhubungan sesama manusia. Ledakan laman sosial menyumbang banyak peristiwa positif mahupun negatif.
Setiap perkara baik tidak menjadi masalah, perkara negatif ditimbulkan mewujudkan pelbagai permasalahan akhirnya merosakkan diri sendiri. Justeru, pengawalan akhlak yang sempurna tidak kira di mana saja berada perlu diambil kira.
Sedar atau tidak, penyalahgunaan laman sosial contohnya di facebook dan twitter , blog boleh mengundang perkara negatif seperti pertelingkahan dan pergaduhan kerana sesetengah pengguna tidak berakhlak tanpa rasa bersalah sanggup menjatuhkan air muka orang lain, memfitnah, memuatkan pernyataan berbentuk hasutan atau provokasi.
Memang tidak dinafikan ada sesetengah pengguna tidak memandang serius perkara ini. Walaupun ia nampak ringan dan dianggap 'gurauan', tetapi ia mampu memberi impak lebih besar selain mengundang kemurkaan Allah SWT.
Beretika dan tidak melebihkan emosi ketika melayari laman sosial mampu mengelak perkara tidak baik. Teknologi canggih ini sebaliknya boleh dimanfaatkan untuk tujuan murni seperti berdakwah, menyebarkan maklumat serta mengeratkan silaturahim. ..’’

“ beringatlah , manfaatkan sebaiknye kemudahan teknologi yang semakin canggih dan mencabar ini,.''
nak berblog, blog jugak,.. nak dakwah, dakwah juga, jangan sampai lalai lupa pada orang sekeliling... fokus sgt depan laptop.. makan jelah lapt0p tu.haha..apa2pon Kita sedang di uji ...


Wallahua'lam :)


Rabu, 17 Oktober 2012

Jom Update !

Assalamuaalikum Sahabat ,,



Rasanya lama AmbE tak update blog… dalam 2 bulan lebih.. huhh sungguh lama.
entah kenapa penyakit M sudah muncul …
 macam mana nak kekalkan prestasi kan??
 Lagi pun ambe sentiasa tak berkesempatan nak beronline s0km0..
 Pernah rasa kekeringan idea untuk menulis? Itulah yang terjadi kepada penulis selama mana tak update blog ni.
 Rating memang dah jatuh sesangat tapi masih ada
 yang sudi jenguk-jenguk blog ni.
  Terima kasih diucapkan... 
Insyaallah ambe akan terus mencuba menulis selama mana di blog ini untuk tatapan semua.Insyallah.. tapi tak tahu bila la…
 nanti bila lagi lama ambe tak update, bertambah belaka penyakit M ni melekat…hehe
Okla… ni pun update sepintas lalu… 
lain kali ambe update yek..hehehe apa2 pun, blog ni tetap akan di kemaskini kan dari masa ke semasa.
Teruskan menyokong ambe ye :) jazakumullahu khairon kasir0n .
  



Jumaat, 13 Julai 2012

Ahlan Wasahlan Ya Umri


Assalamuaaikum Sahabat ,,



 Hari ini di tanggal 13 Julai 2012 bersamaan 24 Sya’ban 1434 Hijri , ambe sudah berumur 20 tahun :) . Alhamdulillah . Allah masih meminjamkan nyawa kepada ambe .harap dgn meningkatnya umur ini , _________________ (rahsia)...

semakin bertambah umur kita , bermakna kita juga menghampiri usia kematian..
Renung2kan .
hmm...kalu sekarang ambE ada kat kampus , lame da kena balun , bak kate sorang sahabat ''Naseb  Kita Xd Kat 0stel . Kalu X Da Mmg Da Lame Kena Ko Ni Remy...." haa nampak , ad y nak buat khianat  , ,haaha balas dendam xdapat!! cukup lah waktu kt Maahad da kena balun abes dgn 'air nila + tepung'.. (cukup2 suda)

Untuk entry hari ini , special buat kalian yang menjengah @ mengintip @ meronda @menziarah n whatever lah…. ke blog ambe ini. 
j0m muhasabah, moga allah redha :)

Kalian ,
Hari Ini Sebelum Kita Mengatakan Kata-Kata Yang Tidak Baik,
Fikirkan Tentang Seseorang Yang Tidak Dapat Berkata-Kata Sama Sekali.

Sebelum Kita Mengeluh Tentang Rasa Dari Makanan,
Fikirkan Tentang Seseorang Yang Tidak Punya Apapun Untuk Dimakan.

Sebelum Kita Mengeluh Tidak Punya Apa-Apa,
Fikirkan Tentang Seseorang Yang Meminta-Minta Dijalanan.

Sebelum Kita Mengeluh Bahawa Kita Buruk,
Fikirkan Tentang Seseorang Yang Berada Pada Keadaan Yang Terburuk Di Dalam Hidupnya.

Kalian,
Sebelum Mengeluh Tentang Pasangan Hidup Kita,
Fikirkan Tentang Seseorang Yang Memohon Kepada Tuhan Untuk Diberikan Teman Hidup.
Hari Ini Sebelum Kita Mengeluh Tentang Hidup,
Fikirkan Tentang Seseorang Yang Meninggal Terlalu Cepat.
Sebelum Kita Menunjukkan Jari Dan Menyalahkan Orang Lain,
Ingatlah Bahawa Tidak Ada Seorangpun Yang Tidak Berdosa.
Dan Ketika Kita Sedang Bersedih Dan Hidup Dalam Kesusahan,
Tersenyum Dan Berterima Kasihlah Kepada Tuhan Bahawa Kita Masih Hidup !

Untuk Akhir  Buat Ambe Juga Kalian ,
~ Biar Manusia Bersangka Buruk..
~ Biar Manusia Menghina..
~ Biar Manusia Memfitnah..
~ Biar Manusia Mencela..
~ Biar Manusia Berfikiran Negatif..
~ Biar Manusia Menganggap Salah..

Tetapi Selagi Allah Ada Di Sisi, Selagi Allah Memelihara Diri Kita, Selagi Allah Melingungi Dan Menjaga Diri Kita..Selagi Itulah Tiada Insan Yang Dapat Menyakiti Dan Menzalimi Diri Kita..Keyakinan Kepada Allah Menguatkan Hati, Seringkali Manusia Itu Mengecewakan Tetapi Allah Tidak Pernah Dan Tidak Akan Mengecewakan Hambanya..Terima Kasih Allah..
♥♥

**Dalam Hati Berkata, "Allah Sayang Diri Kita, Pelindung Hidup Dan Mati Kita ..Tidak Mungkin Kita Pergi Menjauh.." :) Mudah2 Han .
**Syukran Kepada Yang Wish @ Ucap Birthday Ambe , Yang Mendoakan Ambe , . Takziah Kepada Yang Xkesampaian Nak Buat 0nar Kt Ambe ,Hahaha.. , . Sem0ga Allah Membalas Kebaikan Kalian . Sayang Semua

Wallahua'lam :) 




Khamis, 12 Julai 2012

Selamat Tinggal Dunia Lalu

Assalamualaikum Sahabat ,,

baiklah korang, malam ni aku nak mengada skit.. nk ber'ambe'..hehe layann
ehemm8,,Ketika Ambe menaip entry ini , bertarikh 12 Julai 2012 bersamaan 23 Sya’aban 2012 (Khamis) ,jam di lapt0p menunjukkan 9.26 malam . Jadi itu juga menunjukkan bahawasanya tinggal lebih kurang 3 jam 34 minit , sebelum ambE meninggalkan sisa2 kehidupan ini.. . Ya Rabb.. tabahkan hambaMu ini.

********************
Ok lah sebelum taip lebih speed , mungkin kalian semua tertanya2 , kemanakah ambE ingin pergi ..? mungkin lah (perasan sekejap).. sebenarnya ambE akan meninggalkan umur belasan ambE dalam beberapa jam lagi .. jadi sebelum sampai ke detik itu , sukalah ambE untuk bermuhasabah diri yang kerdil  lagi hina ini , untuk merubah kepada fasa yang baru dan lebih bermakna ,.

Kalu mengikut kalendar hijri , ambe telah pun melangkah ke puluhan tahun pada tanggal 12 Muharram yang lalu.
Walaupun berat dan sukar untuk diluahkan namun kata-kata perlu dilontarkan. Ditelan mati mak, diluah mati ayah. (ecehhh)

*******************

Di kesempatan ini,  ambE yang bernama 
Ramizah Binti Sagimin ,ingin menyusun 10 jari buat semua , terutamanya >>> mak abah (walaupun kalian tidak mengetahui akan kewujudan blog ini) adik beradik y ‘menjengkelkan k0t’ hehehe ,saudara-mara, jiran tetangga, para ustaz ustazah , sahabat dari kecik hingga sekarang ,sahabat Dakwah, sahabat muka buku, sahabat bloggers, pembaca dan semua yang pernah hadir disepanjang kehidupan ambE serta yang  menyokong ambE  hampir setahun ambE berblog secara aktif. . Mungkin ada salah silap ambE yang tidak ambE sedari, maafkan  juga YA . (ada lagi ka yang enggak disebut???)

Kan ku abadi kan kenangan2 lalu . Moga Allah tidak meluputkan ingatan ambE terhadap kenangan2 lalu sebagai pengajaran , pedoman dan pengalaman serta kekuatan untuk ambE meneruskan kehidupan ini. YA , Kenangan manis indah di kenang,  kenangan pahit sakit di kenang juga...

******************

Kalian .... Masa muda merupakan masa sempurnanya pertumbuhan fisik dan kekuatan seorang manusia. Maka ini merupakan nikmat besar dari Allah Ta’ala yang seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik-sebaiknya untuk amal kebaikan guna meraih redha Allah Ta’ala. Dan sebagimana nikmat-nikmat besar lainnya dalam diri manusia, nikmat inipun nantinya akan diminta pertanggungjawaban di hadapan Allah Ta’ala. Ya Allah ..... kuatkan hamba untuk menghadapi ujian dan dugaanMu.
 Allah Ta’ala berfirman:

{أَلا يَظُنُّ أُولَئِكَ أَنَّهُمْ مَبْعُوثُونَ. لِيَوْمٍ عَظِيمٍ. يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ}

“Tidakkah mereka itu yakin, bahwa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan, pada suatu hari yang besar (dasyat), (yaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Rabb semesta alam (Allah Ta’ala)” (QS al-Muthaffifiin: 4-6).

>>Mengingati mati bagi seorang Islam akan meningkatkan Iman seseorang. Dengan mengingati mati, ia membentuk penghidupan seorang Muslim itu dengan penuh kesederhanaan. Tidak berlebih-lebih didalam melakukan sesuatu. Mereka tahu bahawa apa yang ada didunia ini hanya bersifat sementara.

******************
“Setiap saat dalam hidup kita adalah ibarat gambar yang belum pernah terlihat, dan gambar yang tidak akan pernah terlihat lagi. Jadi, nikmati hidupmu dan jadikan setiap momen menjadi indah.’’

Maaf , ambE xbijak berpuitis ... :) harapnya setiap bait2 kalimah jelas dimata kalian.

Orait..Tibalah masanya ambE melabuhkan tirai kanak2 (aikkk...daa cukup matang ke???)  DAN mengucapkan Selamat Tinggal Dunia Belasan Tahun. Tetapi Perjalanan ambe tidak  terhenti di sini. .

“Sakit dalam perjuangan itu hanya sementara. Bisa jadi Anda rasakan dalam seminit, sejam, sehari, atau setahun. Namun jika menyerah, rasa sakit itu akan terasa selamanya”
(Lance Armstrong, Mantan Atlet Balap Sepeda AS)

Malam ini, kita muhasabah diri. 19 tahun yang belakang ini, moga menjadi pengajaran yang cukup untuk tahun-tahun yang mendatang selepas esok.

AmbE HambaNya yang paling do'if. Kerana ambE banyak dosa. Moga ada salah satu usaha ambE  Allah pandang dan bernilai untuk menjemput rahmatNya.


Selamat Tinggal Dunia Silamku :) 




Wallahua'lam :)

Selasa, 10 Julai 2012

Jangan Minum Berdiri !


  بسم الله الرحمن الرحيم

TERNYATA secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.
Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..
1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung.

 
Selamat Mencuba Sayang!


Dansa jemari,
drRemyZ

::و الله أعلم::