Sahabat Followers

Khamis, 15 November 2012

Oh Sangat Rindu !

Assalamualaikum Sahabat ,,


Rindu dengan ambe x ? haha!! ambE? Haruslah rindu sama blog ni dan followers semua. Sorry, ya dah lama tak update blog ni. BERSAWANG sungguh .hu huu
Well, ambe memang boleh dikatakan tersangatlah busy sejak kebelakangan ni. Mana nak buat kerja office lagi, kije tu , kije ni..hehe. apa bole buat. Tanggungjwab kan.
Trying my best to get my routine back on track but the holiday mood is still there. 
Oh my Laziness is still conquering everything.pleaseeeeeeeeeeeeeeeeee anyone heelllpppp meeee.!!!!
Ape x nye ... ni baru balek dr kampung, kena sambung study lagi.. erkk oh my universty !!
Hmm.. kali ni nak bebEL pasal apa pulak erk. ???  bace jelah ni , di petik dr iluvislam :
“Keadaan dunia tanpa sempadan ini ada kala menyebabkan masyarakat leka dan menolak ajaran agama yang menekankan akhlak mulia dalam perhubungan sesama manusia. Ledakan laman sosial menyumbang banyak peristiwa positif mahupun negatif.
Setiap perkara baik tidak menjadi masalah, perkara negatif ditimbulkan mewujudkan pelbagai permasalahan akhirnya merosakkan diri sendiri. Justeru, pengawalan akhlak yang sempurna tidak kira di mana saja berada perlu diambil kira.
Sedar atau tidak, penyalahgunaan laman sosial contohnya di facebook dan twitter , blog boleh mengundang perkara negatif seperti pertelingkahan dan pergaduhan kerana sesetengah pengguna tidak berakhlak tanpa rasa bersalah sanggup menjatuhkan air muka orang lain, memfitnah, memuatkan pernyataan berbentuk hasutan atau provokasi.
Memang tidak dinafikan ada sesetengah pengguna tidak memandang serius perkara ini. Walaupun ia nampak ringan dan dianggap 'gurauan', tetapi ia mampu memberi impak lebih besar selain mengundang kemurkaan Allah SWT.
Beretika dan tidak melebihkan emosi ketika melayari laman sosial mampu mengelak perkara tidak baik. Teknologi canggih ini sebaliknya boleh dimanfaatkan untuk tujuan murni seperti berdakwah, menyebarkan maklumat serta mengeratkan silaturahim. ..’’

“ beringatlah , manfaatkan sebaiknye kemudahan teknologi yang semakin canggih dan mencabar ini,.''
nak berblog, blog jugak,.. nak dakwah, dakwah juga, jangan sampai lalai lupa pada orang sekeliling... fokus sgt depan laptop.. makan jelah lapt0p tu.haha..apa2pon Kita sedang di uji ...


Wallahua'lam :)


Tiada ulasan: