Sahabat Followers

Jumaat, 30 Mac 2012

Amanah Yang Diingkari

Assalamualaikum J




Setiap manusia didampingi oleh dua makhluk Allah iaitu Malaikat dan syaitan . Malaikat akan membisikkan dan memperdengarkan segala yang baik kepada manusia. Syaitan pula  akan membisikkan dan memperdengarkan yang sebaliknya . Hal ini dapat kita lihat dalam hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaih Wasallam yang bermafhum :
“Tiada seorang pun daripada kamu melainkan ia telah diiringi temannay daripada jin (syaitan) dan temannay daripadaMalaikat .”
Dalam Al-Quran , Allah berfirman dalam Surah An-Nas yang bermaksud  :
5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Seorang yang sempurna akhlak dan tingkah lakunya tidak akan mendengar bisikan syaitan . Dia akan selalu memohon perlindungan daripada Allah kerana dia tahu bahawa Allah Maha Mendengar dengan sifatNya As-Sami’ .
Terdapat satu kisah mengenai seorang murid yang meminta kepada gurunya agar si guru mengajarnya nama Allah yang paling besar . Gurunya bersedia untuk mengajarnya . tetapi sebelum itu si murid harus membawa sebuah bungkusan kecil untuk di berikan kepada seseorang .
Pesan gurunya , “ Jangan buka bungkusan ini dan jangan lihat apa yang ada di dalamnya.” , “Boleh,” jawab murid tersebut dan dia pu membawa bungkusan itu .
Dalam perjalanan , si murid berfikir tentang bungkusan kecil yang dibawanya . Akhirnya dia tidak dapat menahan perasaan ingin tahu mengenai apa yang ada dalam bungkusan tersebut . Dek kerana mendengar bisikan syaitan, dia berkata pada dirinya , “Kalau aku jenguk sedikit sahaja untuk melihat apa dalam bungkusan ini , tidak ada salahnya .”
Sebaik sahaj bungkusan dibukanya , lalu melompat keluar seekor tikus dari dalam bungkusan tersebut . Tikus it uterus berlari dengan lajunya . Murid tersebut mengejar tikus itu , namun tidak Berjaya . Kembalilah murid itu kepada gurunya seray bertanya , “Adakah tuan guru menyuruh saya membawa seekor tikus ?” , berkata pula gurunya ,”Kalau aku tidak boleh percaya kepada engkau untuk membawa seekor tikus , bagaimana boleh aku percaya kepada engkau dengan rahsia Tuhan ?”
Jelas apabila seorang murid
Tidak dapat mendengar nasihat dan pesanan daripada seorang guru , sebaliknya mendengar dan mengikuti bisikan syaitan , maka hilanglah peluang baginya untuk mendapatkan rahmat daripada Allah .
Renung-renungkanlah …..


Wallahua’lam J

Khamis, 29 Mac 2012

:: Harga Segelas Susu ::

بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum…

apa khabar iman hari ini... hmmm,apepon baca dan hayati, salam muhasabah bersama ;) 
Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya . Menjelang tengahari , dia sudah berasa lapar , namun tidak mahu pulang selagi belum habis jualannya . Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan .
                “Kakak, boleh berikan saya segelas air ?” , direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu . “tunggu sebentar ya ”.
                Seketika kemudian wanita itu keluardengan segelas susu di tangannya . Budak itu minum tanpa berlengah . “berapa ya saya berhutang dengan kakak ? ” , katanya sambil menyeluk saku poketnya .
“Tak perlu bayar.”  “Tetapi saya hanya meminta air kosong . Mak saya ajar ,jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”
                “Kalau begitu bayarlah dengan ucapan Alhamdulillah dan terima kasih .‘’  Okey ,Alhamdulillah . terima kasih kakak!!” . Budak tersebut segera beredar kembali menjaja kerepeknya . Entah bagaiman , dia berasa begiru bertenaga dan hilang segala penatnya . Bukan semata-mata segelas susu itu , malah lebih daripada itu , kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya .
                Beberapa tahun berlalu , wanita tersebut diserang penyakit serius . Dia dirawat di hospital Bandar tersebut , dengan kelolaan doctor pakar . Rupa-rupanya doctor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dahulu . Si doctor masih mengenali wajah wanita itu , walaupun sudah berusia .


         Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh . Malah bil hospital pun  ditanggungnya. Setelah wanita tersebut itu sihat sepenuhnya , tiba kepadanya sekeping bil hospital . Di atas bil itu tertulis :
                “Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu . Alhamdulillah dan terima kasih –Dr Muhammad.”

::Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan niat yang ikhlas , impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita . Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana , dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang berada berdekatan dengan kita::


 ::والله أعلم::

Rabu, 28 Mac 2012

:: Fajar Sadiq ?? Fajar Kazib?? ::

 بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum...
 
Baiklah… lame hamba tak update.. emek ni.. bacalah.mga bermanfaat ..Sahabat-sahabat , apa yang dimaksudkan dengan “Fajar Sadiq dan Fajar Kazib” ???? haaaa, jawapannya ..
Yang dimaksudkan dengan fajar kedua adalah apa yang dinamakan Fajar sadiq . Sebab fajar sadiq ini didahului dengan fajar yang dinamakan dengan fajar kazib.
Fajar Kazib adalah garis cahaya yang nampak melintang seperti ekor serigala . Kemudian diiringi dengan gelap dan fajar ini tidak ada hubung kait dengan hukum solat ataupun hukum puasa . Sementara fajar kedua atau apa yang disebut dengan Fajar Sadiq , maka cahayanya adalah tersebar dan memancar ke seluruh permukaan bumi bermula daripada hujung langit . Fajar Sadiq ini inilah yang menghubungkait dengan hukum waktu solat dan hukum puasa .
Kiranya Allah Ta’ala sentiasa memberi taufik dan selawar serta salam sentiasa dilimpahkan kepada Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam , para sahabat dan keluarganya ::


:: والله أعلم ::

Isnin, 12 Mac 2012

:: Syariat Salam ::

بسم الله الرحمن الرحيم                                                  
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum…




Salam ukhwah fillah buat sahabat-sahabat per0nda…hEhE .. Bace entry ni pulak Ye.  Apa keajaiban yang boleh dihasilkan oleh budaya saling memberi salam dalam mengeratkan hubungan ?
Ni jawapannya..
Daripada segi bahasa ‘’Assalamualaikum’’ ia bermaksud ‘’Selamat sejahtera keatas kamu’’
dan dijawab dengan ‘’Waalaikumsalam’’ pula bermaksud ‘’Selamat sejahtera keatas kamu juga ’’.
memeberi dan menjawab salam adalah merupakan doa dan harapan bagi keselamatan dan kesejahteraan antara satu sama lain.
Dengan doa mendoakan ini akan terjalinlah kemesraan dan kasih sayang antara satu sama lain.
Mengikut syariat , setiap orang Islam disarankan memberi salam bila bertemu dengan saudara Islam walaupun bertemu kerapkali.
Memberi salam dihukum sunnat dan mendapat pahala. Sementara menjawab salam dihukumkan sebagai wajib , maka seseorang yang enggan menjawab salam daripada saudara Islamnya adalah satu perbuatan yang berdosa.

::والله أعلم::


Ahad, 11 Mac 2012

:: Muliakan Nama ::

      بسم الله الرحمن الرحيم
                      "Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum...

Ramai yang kurang mengambil perhatian apabila menulis nama ALLAH dan RASULULLAH di dalam risalah-risalah dan buku-buku mereka.
Sepatutnya seseorang itu untuk meraikan sunnah dan adab apabila menulis nama-nama yang mulia ini. Antaranya adalah :
# Sebaiknya elaklah menulis pada pujian Allah Taala dengan singkatan SWTMdan singkatan pada selawat dan salam buat junjungan Nabi Sallallahu'alaihi Wasallam seperti yang di tulis oleh sebahagian penulis seperti SAW , صلعم , dan lain-lain.
# Disunatkan apabila kita hendak menulis nama Baginda Sallallahu'alaihi Wasallam, di atas kertas atau pada komputer digalakkan kita bersama mengucapkan selawat dan salam dengan lisan kita.
# Disunatkan bagi kita setiap kali mendengar dan membaca nama Baginda Sallallahu'alaihi Wasallam untuk turut sama berselawat walaupun nama Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam diulang jutaan kali tidak kira sama ada ketika sedang membaca kitab , mendengar ceramah atau sebagainya.

 Sesungguhnya orang yang banyak berselawat ke atas Baginda Sallallahu'alaihi Wasallam akan beroleh syafaatnya di akhirat kelak .
Raikan sunnah dan adab ketika menulis nama ALLAH dan RASUL .

::والله أعلم::

Sabtu, 10 Mac 2012

:: Tekad Tinggalkan Pakaian Noda ::

بسم الله الرحمن الرحيم
''Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang"
Assalamualaikum...

Bukanlah niat hati untuk mencari perang atau meminta simpati. Cuma hati ini terlalu bimbang melihat keadaanmu dewasa ini. Saban hari bertambah parah.
Hati manakah yang tidak sayu melihatmu begitu andai empunya diri ini jua memiliki kakak dan adik yang sejiwa denganmu. Jiwa yang begitu halus. Tempat yang bersarang naluri keibuan.
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai (perintah) Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim : 6)
Pakaian adalah lambang keperibadian akhlak. Setuju? Lantas apakah yang mendorong engkau masih memakai pakaian ahli maksiat? Kelak kerana pakaian itu engkau akan dihumban ke neraka!
Aku tahu, jauh di sudut hatimu, ingin benar kau menjadi muslimah yang solehah. Ia tersemat kukuh. Kerana itulah fitrah. Fitrah yang suci. Fitrah yang indah.
"Hadapkanlah wajahmu dengan lurus pada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ar-Rum:30)
Sungguh indah fitrah itu. Madu iman meyelaputinya.

Kembalilah kepada fitrah Islam, pasti engkau dapat merasai manisnya madu iman itu. Ya, amat manis. Tapi ia hanyalah dikhaskan kepada yang benar-benar berusaha untuk mendapatkannya. Aku tahu, untuk kembali kepada fitrah itu terlalu banyak besi halangan dan paku keperitan. Benarlah sabda Nabi Muhammad saw :

"Neraka itu dikelilingi oleh kesenangan, dan syurga itu dikelilingi oleh kesukaran." (HR Bukhari dan Muslim)
Namun tiada alasan untuk kita tidak kembali membersihkan segala noda dan titik hitam dalam hati andai kita benar-benar inginkan. Hendak seribu daya.
Terkadang aku pelik. Tudungmu sudah elok, menutup segala rambutmu. Namun jelek dan pelik bila engkau pakaikan baju yang berlengan pendek. Lagi malang baju adikmu yang kau sarungkan pada badanmu. Bila ditanya, inilah fesyen terkini jawabnya. Namun aku cabar jawapan ini lah yang akan engkau berikan  di hadapan Allah nanti. Adakah masih diberi kekuatan untuk menuturkannya sedemikian rupa?
Mengertilah. Aurat itu bukan hanya terletak pada rambut. Namun pada seluruh anggotamu kecuali tapak tangan dan mukamu. Aku yakin engkau sudah tahu cuma tidak mahu mengerti. Mengapa begini? Bukankah kau ingin kembali kepada fitrah?
"Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur: 31)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab : 59)
Terkadang aku terdengar kau merungut. Merungut kerana auratmu terlalu berat berbanding aurat lelaki bagimu. Usah begitu. Sebaliknya kau harus berbangga kerana engkau adalah ibarat permata yang tidak ternilai harganya. Lantas kerana itulah engkau dijaga rapi tanpa calar.
Apakah kau tidak melihat wanita barat yang hilang ketamadunan dan maruah serta malu angkara tidak dijaga oleh agama mereka. Mereka umpama batu hitam penuh debu di jalanan yang boleh dikutip dan dibuang sesuka hati. Aku pasti engkau tidak mahu begitu.
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah." (HR. Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Aku menyeru dengan seruan sayang dan kasih sebagai adik atau kakakmu, marilah sama-sama kita kembali kepada fitrah. Singkirkan segala pakaian ahli maksiat dan pakaikan pakaian solehah.
::والله أعلم::

Khamis, 8 Mac 2012

:: Manfaatkan Waktu ::

 بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum.

“Tidaklah bergeser kedua kaki seorang hamba (menuju batas shiratul mustaqim) sehingga ia ditanya tentang umurnya untuk apa ia habiskan, ilmunya untuk apa ia amalkan, hartanya dari mana ia peroleh dan kemana ia habiskan dan badannya untuk apa ia gunakan” (HR. Tirmidzi dan Ad Darimi)
Kita seringkali memerhati perjalanan waktu melalui jarum jam atau pergerakan matahari. Namun, tidak sedikit di antara kita yang tidak melihat diri sendiri dalam menempuh waktu yang terus berlalu.

Seandainya mahu dilihat, maka akan nampak ruang waktu yang tidak terisi dengan baik, baik dalam waktu satu hari atau waktu seumur hidup. Dalam waktu yang terisi pun masih ada kemungkinan rugi, apalagi dalam kekosongan waktu yang tidak terisi. Jelas amat rugi, bila direnungkan oleh manusia yang berfikir. Dalam waktu yang terisi pun, boleh jadi tidak cukup atau kurang baik.

Ibadah solat yang dilakukan oleh seseorang hamba, kadangkala kualitinya jauh dari syarat-syarat sahnya. Demikian juga puasa, haji, dan amalan lainnya. Ini jelas suatu kerugian, kerana kesempatan untuk berbuat yang terbaik, terisi dengan yang kurang atau dengan yang sia-sia.

Lebih dahsyat lagi ruginya bagi hamba-hamba Allah yang waktunya banyak kosong dan bahkan terisi dengan kejahatan. Diisi atau tidak, waktu akan terus berlalu dan tidak akan pernah terulang.

Bila waktu tidak terisi, maka kesempatan berbuat baik, yang sebenarnya akan kembali kepada diri sendiri, akan terbuang begitu saja. Namun yang harus diingatkan pada diri sendiri, meskipun waktu tidak diisi atau dibiarkan kosong,
Pertanggungjawabannya tetap akan diminta suatu ketika nanti. Kerana itu, sempatkanlah untuk senantiasa berdoa kepada Allah, agar mampu memanfaatkan waktu dengan kebaikan.

                                                      
::والله أعلم::