Sahabat Followers

Jumaat, 16 Disember 2011

Malulah Pada Allah & Rasulmu

Assalamualaikum J
                                      

~ allah melarangku melihat yang bukan mahram, tetapi aku melihatnya bahkan lebih dari itu..lalu dengan apakah aku akan masuk syurganya?
~ allah menyuruhku mendirikan solat 5 waktu tetapi aku meninggalkannya dengan alasan kesibukkan kerja atau terlelap dalam tidur..lalu dengan apakah aku akan masuk syurganya?
~ saat orang lain menangisi dosa-dosa kecil mereka, sedangkan aku masih mampu ketawa dengan dosa-dosa besar yang telah aku lakukan..lalu dengan apakan aku akan masuk syurganya?
~ saat orang lain memperjuangkan risalah islam, tidak jemu berdakwah menyeru umat..dan aku di sini tidak menyertai malah menentangnya dengan pelbagai alasan..lalu dengan apakah aku akan masuk syurganya?
~ jika tidak ada satu kebaikan pun yang aku lakukan semasa hidup di dunia ini, dalam agamaku..walaupun aku dilahirkan dalam islam, hanya pada nama..bukan pada perbuatan dan amalan, malah sentiasa melakukan kejahatan..seolah-olah mati itu jauh lagi dariku..lalu dengan apakah aku akan masuh syurganya?

>>> syurga itu indah, manis dan kekal..semua insan mengimpikannya tetapi apakah ruang kebaikan, perjuangan, usaha yang telah aku perbuat untuk ke sana? untuk mendapatkannya? adakah hanya dengan angan-angan, hanya dengan impian..tanpa usaha kukuh, tawakal penuh, istiqamah berterusan..mampukah aku untuk merebutnya?

tidak berasa cemburukah, tidak berasa malukah apabila melihat manusia bersungguh-sungguh berjuang untuk islam, berusaha merebut apa yang telah dijanjikan allah..tanpa kenal erti putus asa, dan aku masih di sini..merenung dari kejauhan tanpa memulakan usaha ke arah itu..malulah wahai diri, kata cintakan allah dan rasul tetapi masih ingkari akan segala suruhannya..malulah wahai diri, kata syaitan itu musuh yang nyata tetap masih dirimu mengikuti jejak langkahnya ke neraka..malulah..
✿✿✿

Wallahua’lam J

Tiada ulasan: