Sahabat Followers

Isnin, 30 Januari 2012

:: Anggota Kita Apa Cerita?? ::

        بسم الله الرحمن الرحيم
                         "Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum.




Dapatkah soalan2 ini kita jawab apabila seluruh anggota badan  kita bersuara menceritakan apa yg kita lakukan dgn bathil dan tepat di hadapan Allah swt kelak berserta bukti2 ?? okey mari jawab bersama...


Adakah kita menyekat keinginan nafsu pd yg haram?? Hamba tahu ramai yg tidak...
Adakah kita menjaga mata dari melihat yg haram?? Hamba tahu ramai yg tidak...
Adakah kita menjaga aqal kita dari berkhayal yg haram?? Hamba tahu ramai yg tidak...
Adakah kita menjaga tangan kita dari memegang yg haram?? Hamba tahu ramai yg tidak...
Adakah kita menjaga kaki kita dri ke tempat2 maksiat?? Hamba tahu ramai yg tidak...
Adakah kita menjaga perut dari memakan yg haram?? Hamba tahu ramai yg tidak...
Adakah kita menjaga hati kita dari mencintai yg haram?? Hamba tahu ramai yg tidak...
Adakah kita menjaga mulut kamu dari bercakap yg haram?? Hamba tahu ramai yg tidak...
Adakah kita menjaga telinga dari mdengar yg haram?? Hamba tahu ramai yg tidak...
Adakah kita menjaga kemaluan kita dari yg haram?? Hamba tahu ramai yg tidak...
Adakah kita menjaga tubuh kita dari bersesak dtmpat haram?? Hamba tahu ramai yg tidak...

Yakinkah kita akan dapat menjawab semua itu kelak ?? 
dimana semua dosa2 kita yg telah dicatat dibuka di hadapan kita?? atau kita mahu menipu Tuhan?? Kurang bijakkah kita masih tidak mngetahui bahawa sesungguhnya Allah swt Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui?? Yg KursiNya meliputi langit dan bumi?? Sungguh kita termasuk dari golongan org2 yg rugi jika kita tidak bertaubat...takutlah pada ALLAH SWT..!!! Kembalilah kepada Tuhan Yang Maha Esa..sungguh ….

FIKIRLAH.!!! Berdoalah agar Allah swt mengembalikan Aqal kita...moga diperlepaskan daripada dosa2 lalu...cukuplah Allah swt sebagai Pengampun dosa2ku...amin...
                                                              ::و الله أعلم::

Rabu, 18 Januari 2012

:: Tidak Sempat Solat? No Way!! ::

 بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum.


Assalamualaikum..Saudara-saudari, kali ini hamba masukkan entry ab0ut Solat…kenapa??
Ibadah solat merupakan nadi kepada kekuatan orang mukmin dan kecemerlangan ummah. Orang yang beriman kepada Allah tidak akan merasai solat itu sebagai suatu bebanan malah ia adalah suatu kewajipan yang tidak susah untuk dilaksanakan dan dilaksanakan dengan senang hati serta tawaduk kepada Allah. Namun, bagi orang munafik, solat itu sangat menyusahkan. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran.

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.” Surah Al-Baqarah, ayat 45-46 

Diantara ciri-ciri orang munafik  adalah:-
1.      Merasa malas dan berat untuk mengerjakan solat.
2.      Melambat-lambatkan solat dengan sengaja.
3.      Berat untuk melakukan sebarang kebajikan.
4.      Menunjuk-nunjuk apabila melakukan suatu ibadah.
Pelbagai alasan yang kita tinggalkan seperti seluar kotor, lewat bangun, tidak sempat dan sebagainya. Cuba kita berikan alasan itu kepada Allah? adakah Allah akan menerima alasan seperti ini?
Seorang intelek yahudi pernah mengatakan bahawa umat Islam akan berjaya menawan Aqsa sekiranya solat Subuhnya sama seperti solat Jumaatnya. Ayuh bersama kita renungkan…


                                   ::و الله أعلم::

Selasa, 17 Januari 2012

:: Terabai Jika Mengabaikan ::


بسم الله الرحمن الرحيم    
Sememangnya sudah diketahui umum bahawa solat itu adalah tiang agama-orang yang mengerjakannya dinisbahkan sebagai mendirikan agama, orabg yang meninggalkannya dinisbahkan sebagai meruntuhkan agama. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Muddathir :40-43, yang bermafhum :


40. (Mereka ditempatkan) di Dalam syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,

41. tentang (tempat tinggal) orang-orang Yang bersalah,

42. (setelah melihat orang-orang Yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah Yang menyebabkan kamu masuk ke Dalam (neraka) Saqar?"

43. orang-orang Yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk Dalam kumpulan orang-orang Yang mengerjakan sembahyang;

                                                    
SEKSAAN ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

 ~SEKSAAN KETIKA DI DUNIA~

1.Usianya tiada keberkatan.

2.Dihilangkan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.

3.Tiada pahala setiapamalan yang dikerjakannya.

4.Doanya sia-sia.

5.Semua makhluk didunia membencinya.

6.Tidak menerima bahagian doa untuk orang-orang yang soleh.


~SEKSAAN KETIKA NYAWA DIPENGHUJUNGNYA~

1.Matinya dalam kehinaan.

2.Matinya adalah dalam keadaan yang terlalu lapar dan dahaga.


~SEKSAAN KETIKA BERADA DIALAM KUBUR~

1.Kuburnya disempitkan.

2.Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan.

3.Ular yang dinamakn Shajkul Akrak akan menyeksa si mayat sehingga yaumul qiamah.


~SEKSAAN KETIKA DI HARI KIAMAT~

1.Malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk ke neraka.

2.Mendapat kemurkaan Allah S.W.T .

3.Allah S.W.T akan menghisabnya dengan berat yang terus dihumban ke neraka.

            Untuk mengelakkan daripada terabai wahai saudara-saudari hamba , maka peliharalah solat kita melebihi daripada memelihara maruah kita sesame manusia di dunia ini..Ayuh lakukan !!!



                                                        ::و الله أعلم::



Selasa, 10 Januari 2012

:: Tekad Tinggalkan Pakaian Noda ::






Dengarkanlah. Dengarkanlah suara hatiku ini.
Bukanlah niat hati untuk mencari perang atau meminta simpati. Cuma hati ini terlalu bimbang melihat keadaanmu dewasa ini. Saban hari bertambah parah.
Hati manakah yang tidak sayu melihatmu begitu andai empunya diri ini jua memiliki kakak dan adik yang sejiwa denganmu. Jiwa yang begitu halus. Tempat yang bersarang naluri keibuan.
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai (perintah) Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim : 6)
Pakaian adalah lambang keperibadian akhlak. Setuju? Lantas apakah yang mendorong engkau masih memakai pakaian ahli maksiat? Kelak kerana pakaian itu engkau akan dihumban ke neraka!
Aku tahu, jauh di sudut hatimu, ingin benar kau menjadi muslimah yang solehah. Ia tersemat kukuh. Kerana itulah fitrah. Fitrah yang suci. Fitrah yang indah.
"Hadapkanlah wajahmu dengan lurus pada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ar-Rum:30)
Sungguh indah fitrah itu. Madu iman meyelaputinya.
Kembalilah kepada fitrah Islam, pasti engkau dapat merasai manisnya madu iman itu. Ya, amat manis. Tapi ia hanyalah dikhaskan kepada yang benar-benar berusaha untuk mendapatkannya. Aku tahu, untuk kembali kepada fitrah itu terlalu banyak besi halangan dan paku keperitan. Benarlah sabda Nabi Muhammad saw :
"Neraka itu dikelilingi oleh kesenangan, dan syurga itu dikelilingi oleh kesukaran." (HR Bukhari dan Muslim)
Namun tiada alasan untuk kita tidak kembali membersihkan segala noda dan titik hitam dalam hati andai kita benar-benar inginkan. Hendak seribu daya.
Terkadang aku pelik. Tudungmu sudah elok, menutup segala rambutmu. Namun jelek dan pelik bila engkau pakaikan baju yang berlengan pendek. Lagi malang baju adikmu yang kau sarungkan pada badanmu. Bila ditanya, inilah fesyen terkini jawabnya. Namun aku cabar jawapan ini lah yang akan engkau berikan  di hadapan Allah nanti. Adakah masih diberi kekuatan untuk menuturkannya sedemikian rupa?
Mengertilah. Aurat itu bukan hanya terletak pada rambut. Namun pada seluruh anggotamu kecuali tapak tangan dan mukamu. Aku yakin engkau sudah tahu cuma tidak mahu mengerti. Mengapa begini? Bukankah kau ingin kembali kepada fitrah?
"Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur: 31)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab : 59)
Terkadang aku terdengar kau merungut. Merungut kerana auratmu terlalu berat berbanding aurat lelaki bagimu. Usah begitu. Sebaliknya kau harus berbangga kerana engkau adalah ibarat permata yang tidak ternilai harganya. Lantas kerana itulah engkau dijaga rapi tanpa calar.
Apakah kau tidak melihat wanita barat yang hilang ketamadunan dan maruah serta malu angkara tidak dijaga oleh agama mereka. Mereka umpama batu hitam penuh debu di jalanan yang boleh dikutip dan dibuang sesuka hati. Aku pasti engkau tidak mahu begitu.
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah." (HR. Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Aku menyeru dengan seruan sayang dan kasih sebagai adik atau kakakmu, marilah sama-sama kita kembali kepada fitrah. Singkirkan segala pakaian ahli maksiat dan pakaikan pakaian solehah.
::والله أعلم::

Ahad, 8 Januari 2012

:: Mengubati Hati Yang Terluka ::



                                                  بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum...Duhai Sahabatku..

Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.

Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri kita, namun berikut adalah cara yang sering dikongsi oleh pakar.
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja kita sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kenacut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan kita, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.Kita takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian  kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta.
Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan kita dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat  selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri kita mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang kita ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana kita masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana  kita tidak memaafkan kesalahan diri  kita di masa lalu ataupun kita tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri  kita.INSYAALLAH..
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan  kita serta menjadikan kita  girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri kita  dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar kita   boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan kita  boleh ketawa? Come on...

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak berpihak kepada kita , cari cara bagaimana kita  boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki kita  murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada kita .kita  menjadi apa yang kita selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan kita boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk,kita dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.
7. Hati Mesti 'Keras'
HAA..MAKSUD KERAS YANG MACAMANE??Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan kecil yang kita  lakukan pada orang lain, mungkin ada walau kita  tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.
Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk kita.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.



JANGAN NYEDIH2 ...

SENYUMLAH SIKIT...

HAAA,,,camni lah...


Okey..itu saje untuk hari ini.. Barakallahufikum, ;) 


                                                                     ::و الله أعلم:: 

Khamis, 5 Januari 2012

Muslimah Mawar Berduri

Assalamualaikum J

Buat Sahabatku yang bergelar Muslimah,
diluar sana banyak yang berlaku kejadian yang sukar kita terima
sebagai kenyataan…
Mawar yang baru mekar di taman , sudah dipetik dengan
Kasar…
Alangkah pedihnya di hati ketika mendengar
rintihan-rintihan si hawa yang ternoda…
Alangkah risaunya aku mengenang nasib sahabatku yang
sudah tiada seri…
pedih…sedih…perit…sakit…luuluh…keluh…

Tiada daya lagi untuk ku luahkan…
Betapa risaunya aku pada kalian...
Jagalah…jagalah mahk0ta kalian….
Janganlah dibiar terdedah untuk ditatap,
Janganlah dibiar terbuka untuk disentap…
Akhinya disentuh dengan begitu lahap…
Renung-renungkanlah wahai Srikandi Hawa…
Jadilah seperti khazinatul asrar yang menjaga dirinya
daripada dipandang remeh oleh kaum Adam…

dan jadilah seorang yang ada prinsip kehidupan…..

Wallahua’lam J