بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Assalamualaikum.
Salam ukhwah.. Apa khabar iman pembaca semua? mudah-mudahan bertambah dari hari ke hari :: hmm dah lama sangat hamba biar blog ni tak terisi dengan entri baru.. nah baca la entri ni :) baca tau ..hehE
Sebagaimana kaum lelaki diperintahkan untuk tidak memandang wanita yang bukan mahram , wanita juga diperintahkan untuk tidak memandang lelaki yang bukan mahram..
Ummu Salamah r.a (isteri Rasulullah S.A.W) berkata :’ suatu ketika saya dan Maimunah berada bersama-sama Rasulullah S.A.W . Ketika itu tiba-tiba Abdullah bin Ummi Maktum masuk ke rumah. Kerana mengetahui bahawa Abdullah buta ,kami tidak menurunkan hijab dan tetap duduk di sana. Rasulullah S.A.W bersabda, ‘’ Pakailah hijab dihadapannya! “ ,saya bertanya , ‘’ wahai Nabi Allah , bukankah ia buta Ia juga tidak melihat kami ‘’. Rasulullah S.A.W menjawab, ‘’Apakah kamu berdua juga buta ? Tidakkah kamu dapat melihatnya?’’. |
Dari hadis di atas kita dapat menarik kesimpulan bahawa menjadi kewjipan bagi wanita agar tidk melihat kaum lelaki, sebagaimana telah di sebutkan dalam Al-Quran :
‘’Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman agar menunudukkan pandangan mereka….’’ (An-Nur 30) |
Sahabat- sahabat,
Abdullah bin Ummi Maktum r.a adalah seorangyang buta dan serang sahabat Nabi S.A.W yang sangatw warak. Kedua isteri Rasulullah S.A.W juga sangat warak. Meskipun demikian , Rasulullah S.A.W meminta kedua isterinya agar memakai hijab di hadapan Abdullah bin Ummi Maktum . SUATU KETIKA Aisyah r.a berkata , ‘Sebaik-baik wanita ialah yang tidak melihat lelaki dan tidak pernah dilihat oleh lelaki’’..
Sama-samalah kita bermuhasabah ye ;)
::والله أعلم::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan