Assalamualaikum J
Setiap manusia didampingi oleh dua makhluk Allah iaitu Malaikat dan syaitan . Malaikat akan membisikkan dan memperdengarkan segala yang baik kepada manusia. Syaitan pula akan membisikkan dan memperdengarkan yang sebaliknya . Hal ini dapat kita lihat dalam hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaih Wasallam yang bermafhum :
“Tiada seorang pun daripada kamu melainkan ia
telah diiringi temannay daripada jin (syaitan) dan temannay daripadaMalaikat .”
Dalam Al-Quran , Allah berfirman dalam Surah An-Nas yang
bermaksud :
5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya
ke Dalam hati manusia, -
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari
kalangan jin dan manusia".
Seorang yang sempurna akhlak dan tingkah lakunya tidak
akan mendengar bisikan syaitan . Dia akan selalu memohon perlindungan daripada
Allah kerana dia tahu bahawa Allah Maha Mendengar dengan sifatNya As-Sami’ .
Terdapat satu kisah mengenai seorang murid yang meminta
kepada gurunya agar si guru mengajarnya nama Allah yang paling besar . Gurunya
bersedia untuk mengajarnya . tetapi sebelum itu si murid harus membawa sebuah
bungkusan kecil untuk di berikan kepada seseorang .
Pesan gurunya , “ Jangan buka bungkusan ini dan jangan
lihat apa yang ada di dalamnya.” , “Boleh,” jawab murid tersebut dan dia pu
membawa bungkusan itu .
Dalam perjalanan , si murid berfikir tentang bungkusan
kecil yang dibawanya . Akhirnya dia tidak dapat menahan perasaan ingin tahu
mengenai apa yang ada dalam bungkusan tersebut . Dek kerana mendengar bisikan
syaitan, dia berkata pada dirinya , “Kalau aku jenguk sedikit sahaja untuk
melihat apa dalam bungkusan ini , tidak ada salahnya .”
Sebaik sahaj bungkusan dibukanya , lalu melompat keluar
seekor tikus dari dalam bungkusan tersebut . Tikus it uterus berlari dengan
lajunya . Murid tersebut mengejar tikus itu , namun tidak Berjaya . Kembalilah
murid itu kepada gurunya seray bertanya , “Adakah tuan guru menyuruh saya
membawa seekor tikus ?” , berkata pula gurunya ,”Kalau aku tidak boleh percaya
kepada engkau untuk membawa seekor tikus , bagaimana boleh aku percaya kepada
engkau dengan rahsia Tuhan ?”
Jelas apabila seorang murid
Tidak dapat mendengar nasihat dan pesanan daripada seorang
guru , sebaliknya mendengar dan mengikuti bisikan syaitan , maka hilanglah
peluang baginya untuk mendapatkan rahmat daripada Allah .
Renung-renungkanlah …..
Wallahua’lam J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan