بسم الله الرحمن الرحيم
Sememangnya sudah diketahui umum bahawa solat itu adalah tiang agama-orang yang mengerjakannya dinisbahkan sebagai mendirikan agama, orabg yang meninggalkannya dinisbahkan sebagai meruntuhkan agama. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Muddathir :40-43, yang bermafhum :
40. (Mereka ditempatkan) di Dalam syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,
41. tentang (tempat tinggal) orang-orang Yang bersalah,
42. (setelah melihat orang-orang Yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah Yang menyebabkan kamu masuk ke Dalam (neraka) Saqar?"
43. orang-orang Yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk Dalam kumpulan orang-orang Yang mengerjakan sembahyang;
SEKSAAN ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
~SEKSAAN KETIKA DI DUNIA~
1.Usianya tiada keberkatan.
2.Dihilangkan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.
3.Tiada pahala setiapamalan yang dikerjakannya.
4.Doanya sia-sia.
5.Semua makhluk didunia membencinya.
6.Tidak menerima bahagian doa untuk orang-orang yang soleh.
~SEKSAAN KETIKA NYAWA DIPENGHUJUNGNYA~
1.Matinya dalam kehinaan.
2.Matinya adalah dalam keadaan yang terlalu lapar dan dahaga.
~SEKSAAN KETIKA BERADA DIALAM KUBUR~
1.Kuburnya disempitkan.
2.Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan.
3.Ular yang dinamakn Shajkul Akrak akan menyeksa si mayat sehingga yaumul qiamah.
~SEKSAAN KETIKA DI HARI KIAMAT~
1.Malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk ke neraka.
2.Mendapat kemurkaan Allah S.W.T .
3.Allah S.W.T akan menghisabnya dengan berat yang terus dihumban ke neraka.
Untuk mengelakkan daripada terabai wahai saudara-saudari hamba , maka peliharalah solat kita melebihi daripada memelihara maruah kita sesame manusia di dunia ini..Ayuh lakukan !!!
::و الله أعلم::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan