Assalamualaikum J
aku xberniat nak membebel macam mak temah, aku nak share ilmu je:
Tidak sempurna iman seseorang tanpa ada rasa malu dalam diri. Betapa pentingnya perasaan malu ini sehingga ia termasuk dalam pembahagian iman. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman." Ketahuilah, malu adalah sifat utama bagi orang-orang Mukmin yang mana menjadi perisai dan benteng dalam hidup mereka. Perisai itu sangat penting iaitu dapat menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan juga menghalang daripada mengikut hawa nafsu sehingga merosakkan akidah.
Wallahua’lam J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan